Thursday, March 3, 2011

MARABAHAYA yang mengakibatkan KEBANGKITAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malam ni banyak pulak benda yang berlegar2 diruangan fikiran saya yang rasa macam kekurangan ruang sekarang nih... bila fikir balik, ada ke saya ambil caffeine yang berlebihan siang tadi? rasa mcm xder....ingat2 balik, rupanya masa meeting ptg tadi ada minum secawan kopi susu cair (sbb dah dilute dgn plain water)..pun berkesan jugak ke? apa punya coffee la.. tak pun soalan yang sepatutnya, apa dah jadi dengan badan saya ni. kadang2 elok je..minumla kopi pekat pun, mudah je nak lelap...entah le... sudahnya, di blog ni la saya singgah...

herm..kenapa tajuk macam dahsyat sangat? memang dahsyat, mulai isnin lepas, kelab kat office saya telah menganjurkan pertandingan the biggest loser peringkat office. Jadinya, sesi menimbang berat badan pun bermula. dan.... scale menunjukkan angka yang agak tidak munasabah, 90.1kg..apa? 90.1kg? ye.... sbbnya, scale itu adalah bengong. saya timbang kat rumah elok je, tak sampai pun 90 lagi.. xper..sebab scale tersebut merupakan official scale untuk pertandingan, maka semua orang akan ditimbang menggunakan scale itu dan saya pun pasrah....

ukur lilit pinggang pun di ambil dan ukur lilit pinggang saya ada 40 inci. tinggi saya pulak ada naik sket menjadi 144.5cm. hahaha... bmi semestinya morbid obese..

pertandingan ni akan berlangsung selama 3 bulan dan timbangan akan dilakukan setiap hari isnin jam 4.30pm. ok...

jadi, apakah plan saya? sepatutnya saya plan before pertandingan bermula lagi..tp mcm biasa, alasan selamat, tak sempat digunakan..tapi saya rasa saya belum terlambat lagi.. saya kena mula sekarang...

apa saya nak buat?
hari tu saya dah resume balik herbalife, tp tak jalan gak sebab parents saya duduk sekali ngan saya sekarang ni...jadi selalulah melanggar jadual shakebumbum...jadi, pendekatan tidak berjaya. kalau dulu senang je.. bila duduk sorang2...

jadi nak buat macam mana ni?
ok, saya memutuskan untuk memulakan semula diet Oxidizer dan JM 30 days shred...

Macam mana nak mula?
ok, before this saya pernah try diet oxidizer ni..tp kecundang di tengah jalan...tak salah mula balikkan?
basic guide tentang oxidizer (tips untuk balanced oxidizer sahaja k) mengikut fahaman saya adalah seperti berikut; (tq to sis rahimah sebab turunkan ilmu ni)
1. sarapan - 1 cup oats & 2 whole scramble eggs | 1 cup cereal(yang ada wholegrain or fitness) + susu & 4 biji putih telur | 1/2 can tuna + 1 slice cheese + 1 wholegrain(roti) | 1 wholegrain (wholemeal pun boleh) + 1 sudu peanut butter - variasikan menu ni dengan cara mix and match
2. snek (kena ambil snek) - 20 biji kekacang (almond/gajus/etc mentah) + 1 biji epal/oren/etc | 1 slice cheese + 1 biji epal/pear/kiwi/etc (no mango, durian..)
3. lunch -  1/2 cup nasi + 5 oz (2 deck) ayam/daging/ikan/udang (10-12 ekor) apa2 jenis masakan kecuali deep fry + sayur (kena lebihkan)
4. snek lagi...
5. dinner - sama macam lunch, cuma no nasi/any carbo
6. kalau lapar, ambil snek lagi
perhatian
a. guna canola oil sahaja - 1 teaspoon setiap kali menumis, jika perlu
b. kurangkan garam dan perasa
c. jangan minum minuman bergula kecuali 100+
d. minum green tea to replace minuman panas yang lain
e. no fast food
f. limitkan pengambilan soy product

jadi, macam mana ni? stock makanan sihat x top up lagi..kena g shopping makanan sihatla nampaknya ni...

untuk itu, bagi membunuh angka yang tidak kewl itu, marilah kita memulakan semula perjalanan kita yang pernah memasuki laluan yang salah suatu ketika dahulu.

Ish...menyesal sungguh x maintainkan berat..tak pasal2 naik mcm apa dah nih...

jadi, cik dewicintadunia..kamu sila jangan berundur...tahun ni saya nak kamu berjaya..jangan jadi tahi ayam lagi..saya kecewa dengan performance kamu yang lepas....

ok..berusahalah...
tq to google yang menjumpai gamba ini, kepada tuan punya gambar, kredit untuk anda juga, saya pinjam gambar ni ye..

Salam Manis, dcd79