Friday, September 14, 2012

si gagal tegar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ada masanya saya merasa sangat gagal.
Mencuba berkali-kali tanpa kejayaan besar menyebabkan perasaan gagal itu muncul dalam fikiran.
Serius, memang saya kecewa di atas kegagalan.

Dan, usaha saya kali ini juga belum membuahkan hasil.
Mana nak berbuahnya, pokok tidak dibaja dan dijaga, kalau nak keluarkan hasilpun akan mengambil masa.

Umur pun dah 33 tahun.
Jadi kena buat resolusi untuk mencapai satu-satunya impian yang paling sukar nak dicapai iaitu mendapat berat badan yang ideal.
Tak payahlah nak cakap tentang ideal, kurangkan 10 peratus pun belum berjaya sehingga entry ini ditulis.

Kononnya saya nak mengurangkan berat badan, tapi bila stress, semua makanan pun nak dimasukkan ke dalam mulut. jadi apa usaha yang perlu dilakukan wahai cik adik?
1. Buat simple excercise sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Ingat, setiap hari without fail. -susah semestinya, tapi kena usaha juga.
2. Pastikan pedometer memaparkan jumlah pembakaran kalori sekurang-kurangnya 150 kalori sehari
3. Pastikan pedometer memaparkan jumlah lemak yang dibakar tidak kurang dari 5g sehari
4. Berusaha untuk tidak makan nasi pada waktu malam. Pelepasan hanya diberi 2 kali seminggu. Ingat betul-betul
5. Kurangkan pengambilan gula, garam, makanan bergoreng dan process food.

So, kita akan cuba selama sebulan dulu dan tengok macam mana kesan ke atas diri sendiri.

Sebentar tadi, scale menunjukkan berat saya adalah 85.2kg.
10%=8.5kg perlu dikurangkan pada fasa pertama diusia 33 tahun ini.

Jadi dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya mencabar diri sendiri untuk patuh pada peraturan yang saya sendiri dah tetapkan ni.

Doakan kejayaan saya yea kawan-kawan.

Terima kasih.

Salam Manis, dcd79

Tuesday, September 4, 2012

Apa raya buat pada kita?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Credit to: http://sehatnews.files.wordpress.com/2011/03/timbangan-oxygen-distro.jpg

Dah puas beraya, maka sepatutnya berat badan bertambah,

and yes, berat badan saya bertambah (maybe sbb guna scale baru or mmg bertambah)

tapi saya masih mampu senyum, sebab baju yang tak muat dah boleh masuk dengan elok.

serius, saya pun rasa mcm tak percaya.

jadi, biarlah berat itu naek, asalkan ada perubahan pada ukurlitit  badan saya yang comel ini.

Salam Manis, dcd79