Thursday, December 22, 2016

3 tahun berlalu sepi

Oleh kerana FB lebih mendominasi hidup saya, maka blog ini terbiar sepi. InsyaAllah, in 2017, saya akan aktifkan semula blog ini.

;)

Saturday, August 17, 2013

Day 1 - 16 Ogos 2013

Berat permulaan ialah 87.7kg.
Nasib baik berat badan tak naik lepas raya.

Monday, January 14, 2013

mengembang...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Here we go, untuk ke sekian kalinya badan ku ini mengembang lagi. Berat hampir mencecah 89kg. Tangan dah mula kebas.

Saya rasa due to over stress...

Sebab saya dah berjanji utuk fokus kepada kesihatan sendiri pada tahun ni, saya dah join gym dan in shaa Allah akan bermula hujung jan nanti...

Selain daripada itu, saya akan menjaga pemakanan saya kerana secara teknikalnya saya adalah emotional eater. Mulai esok, kena kawal makan, come on dewi, tak lama.. kita cuba sehingga kurang 10% dari berat terkini je.... lepas tu kita akan sambung dengan fasa ke 2 pula.

So, untuk fasa pertama, kena hilangkan 9kg dari berat badan yang ada sekarang. Berusaha. Jangan main2 lagi. Kuatkan azam. Malulah asyik gagal saja.

Buat untuk diri sendiri sebab nak sihat dan boleh join marathin by end of this year. 1 marathon pun dah cukup...

Ok till then, akan update progress kat sini sekurang2nya seminggu sekali.

Berharp sangat supaya ditetapkan keazaman dan dpt reach goal.

Jom...


 Salam Manis, dcd79

Wednesday, November 21, 2012

Sebenarnya tiada istilah pasrah dalam diri orang gemuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gemuk sebab kuat makan atau sebab keturunan atau apa2 sebab lain, jika kamu mendengar seorang orang gemuk berkata bahawa mereka sudah pasrah dan menerima keadaan diri mereka seadanya, itu adalah pembohongan besar. besar mana saya tidak tahu.

Sebagai pelanggan kegemukan, saya tidak pernah berhenti merasa ingin mengurangkan kegemukan yang ada. kalau tidak, masakan saya mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk mengurangkan kegemukan saya. CUMA silapnya adalah, saya sering gagal dan gagal lagi.

Tengoklah, dah berapa kali saya gagal. Sekarang, berat saya sudah menjadi 87.8kg semula. Saya kecewa dengan diri sendiri kenapa sehingga sekarang masih belum berjaya. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana walaupun seringkali gagal, semangat saya tidak pernah luntur.

Dan hari ini saya memulakan semula misi saya. saya tidak tahu adakah cubaan kali ini berjaya atau tidak, cuma berharap ada sinar kejayaan untuk saya suatu hari nanti. saya tidak putus berdoa semoga semangat saya dikuatkan untuk sekurang-kurangnya sebulan sahaja.... ya, sebulan sahaja..

Saya berharap, jika ada yang membaca, tolong doakan semoga semangat saya dapat bertahan.

Terima kasih :)

Salam Manis, dcd79

Friday, September 14, 2012

si gagal tegar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ada masanya saya merasa sangat gagal.
Mencuba berkali-kali tanpa kejayaan besar menyebabkan perasaan gagal itu muncul dalam fikiran.
Serius, memang saya kecewa di atas kegagalan.

Dan, usaha saya kali ini juga belum membuahkan hasil.
Mana nak berbuahnya, pokok tidak dibaja dan dijaga, kalau nak keluarkan hasilpun akan mengambil masa.

Umur pun dah 33 tahun.
Jadi kena buat resolusi untuk mencapai satu-satunya impian yang paling sukar nak dicapai iaitu mendapat berat badan yang ideal.
Tak payahlah nak cakap tentang ideal, kurangkan 10 peratus pun belum berjaya sehingga entry ini ditulis.

Kononnya saya nak mengurangkan berat badan, tapi bila stress, semua makanan pun nak dimasukkan ke dalam mulut. jadi apa usaha yang perlu dilakukan wahai cik adik?
1. Buat simple excercise sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Ingat, setiap hari without fail. -susah semestinya, tapi kena usaha juga.
2. Pastikan pedometer memaparkan jumlah pembakaran kalori sekurang-kurangnya 150 kalori sehari
3. Pastikan pedometer memaparkan jumlah lemak yang dibakar tidak kurang dari 5g sehari
4. Berusaha untuk tidak makan nasi pada waktu malam. Pelepasan hanya diberi 2 kali seminggu. Ingat betul-betul
5. Kurangkan pengambilan gula, garam, makanan bergoreng dan process food.

So, kita akan cuba selama sebulan dulu dan tengok macam mana kesan ke atas diri sendiri.

Sebentar tadi, scale menunjukkan berat saya adalah 85.2kg.
10%=8.5kg perlu dikurangkan pada fasa pertama diusia 33 tahun ini.

Jadi dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya mencabar diri sendiri untuk patuh pada peraturan yang saya sendiri dah tetapkan ni.

Doakan kejayaan saya yea kawan-kawan.

Terima kasih.

Salam Manis, dcd79

Tuesday, September 4, 2012

Apa raya buat pada kita?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Credit to: http://sehatnews.files.wordpress.com/2011/03/timbangan-oxygen-distro.jpg

Dah puas beraya, maka sepatutnya berat badan bertambah,

and yes, berat badan saya bertambah (maybe sbb guna scale baru or mmg bertambah)

tapi saya masih mampu senyum, sebab baju yang tak muat dah boleh masuk dengan elok.

serius, saya pun rasa mcm tak percaya.

jadi, biarlah berat itu naek, asalkan ada perubahan pada ukurlitit  badan saya yang comel ini.

Salam Manis, dcd79

Friday, August 3, 2012

Selepas 14 hari berpuasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, mungkin berat berpuasa, berat badan dah turun kepada 83.6kg.

Nak tau berapa banyak dah kurang, kena tengok ticker sebelah tu. Malas nak buat kira2. xder tenaga...hihihi.....

Tapi bulan puasa ni langsung x buat workout..hancuss...

rasanya mcm jauh je lagi nak reach 79.* nyer point..... takper..ada lagi 10 hari sebelum balik kampung.

berusaha bersungguh-sungguh.

Salam Manis, dcd79