Showing posts with label Weekly Update. Show all posts
Showing posts with label Weekly Update. Show all posts

Friday, November 19, 2010

Update 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
It's 19 Nov 2010
Seperti yang dijanjikan, hari ni kena timbang lagi.

Sebelum tengok result, mari kt tengok menu untuk minggu ni;
Day 16- Day 20: 1 shake
Day 21: skip shake
Day 22: 1 shake

dengan pengambilan yang tidak berdisiplin ini, saya telah mengalami kenaikan berat badan kepada 88.4kg.
Walau bagaimanapun, diri sendiri nampak muka dan perut dah sust sikit. Dan dari malam tadi x berhenti sendawa. Mungkin terlebih angin dalam badan, tu pasal la berat naik sampai macam tu sekali. Bloated mode on katanya :)

Apa-apapun, saya x nak worry lebih2..
Start hari ni berusaha balik and kita tengok next week mcm mana. kalau boleh dapat berat lebih rendah dari last week, nak bagi apa kat diri sendiri ek?

So, overall- berbanding minggu lepas, mari kita lihat summary:
86.8kg - 88.4kg = naek 1.6kg (anggapkan berat angin semata2 okeyh)

till then, chiow..

Salam Manis, dcd79

Friday, November 12, 2010

Update 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Entry ni sengaja dipendamkan sementara menanti keputusan rasmi weighing pada pagi jumaat 12 Nov 2010.
mula-mula ingat nak buat entry terpendam, tp x jadi sbb sempat tulis tajuk jer...
so, entry ini adalah segar dari ladang...

Perkara 1: Herbalife lagi

Dah penat mencuba pelbagai kaedah untuk menurunkan berat badan, akhirnya berpatah balik kepada herbalife...mmg herbalife juga yang paling sesuai dengan badan saya nih...

Dan pengembaraan saya diteruskan lagi...

*sebelum ni dah bbrp kali cakap yg saya nak stop...xnak fikir pasal diet..tp bila keadaan kesihatan menyusut, kenalah fikir juga..

Perkara 2: Profil Berat Badan Pada Hari Pertama
Okeh, ni profile berat badan pada hari pertama pengambilan Herbalife

Tarikh: 28 Oktober 2010
Berat: 87.9kg
BMR: 1614
Fat: 46.8%
Water: 37.5%
Muscle: 45%
Bone: 2.1kg
BMI: 42.4

Perkara 3: Selepas 1 minggu yang mencabar
Bermula semula dan menukar kebiasaan bukanlah mudah, akhirnya instead of 2 shakes per day, saya ambil 1 shake sahaja.
Kesukaran ditambah lagi apabila kena g outstation. so summary lebih kurang mcm ni;
Day 1: 1 shake
Day 2: 2 shakes + snacking
Day 3: 1 shake
Day 4 - Day8: normal meal with Teamix
Day 9 - Day 12: 1 shake

Memang susah nak mula balik dengan disiplin yang kuat bila parents duduk sekali ngan kita and food ada merata2.

Perkara 4: Bermula dengan dedikasi
Tapi alhamdulillah, akhirnya hati dapat dikuatkan bermula Day 13.
Berat pada hari ke 13 masih kekal pada 87.9kg
dan dari Day 13-Day15, saya telah berjaya mengambil 2 shakes sehari wpun ada gak curi2 snacking.

Pengambilan air memang tak jadi masalah. purata pengambilan air adalah 2L teamix dan 2L plain water.

Perkara 5: Keputusan Rasmi
Okeh, pagi td timbang dan saya agak gembira dengan perkembangan yang saya perolehi.
Kesimpulannya,
Day 1- Day 12 : berat kekal pada 87.9kg
Day 16: berat adalah 86.8kg
Sudah kurang 1.1kg :)
minggu depan usaha lagi..

Perkara 6: Kesan terhadap kesihatan
so far, kesan terhadap kesihatan takla banyak sangat..cuma kebas2 kat tangan dah kurang sikit....kebas masih ada..tp berkurangan..
lain2, saya rasa kulit muka mcm glowing sikit..tak tau perasaan saya saja kot :)

Ok..cukup dululah update dari saya... nak tengok next weeks pulak mcm mana..

saya perlu kurang kan 7.8kg lagi sebelum mencapai target saya...

Salam Manis, dcd79

Friday, September 24, 2010

24 September 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tadi sempat update status kat fb jer:


87.8kg down to 87.0kg, oklah walau bagaimanapun mun dpt 86.*kg adalah lebih seronok.... berbanding lps balit raya 88.6kg, yg ini adalah sangat ok...chayo..

lps ni akan terus berusaha gigih...

apa yg saya buat? skip makan nasi waktu malam, then sarapan saya ambil rxlite...itu pun baru 2-3 hari sbb another 2-3 hari lagi ngelat dan makan nasi malam..keke
mlm td kantoi minum nescafe pulak..

after minggu pertama kebangkitan ni..semoga dipermudahkan untuk minggu2 seterusnya. Aminn

Salam Manis, dcd79

Monday, August 2, 2010

RxLite Week 1 Weighing

ok...selepas seminggu ambil RxLite sekali sehari (waktu sarapan) and ada skip 1-2 hari, berat saya pada hari ni adalah 85.5kg (tp maybe sbb yesterday x ambil RxLite).
Saya selalu timbang hari2..dan kadang2 boleh mencapai berat 85.3kg.
Saya rasa oklah tu...

badan xder pulak yg longgar2 lagi..kena tunggu...

apa saya buat? xder xcercise pon..

Monday, July 26, 2010

Official RxLite Start Weight

Tarikh: 26 Julai 2010
Masa: awal pagi
Berat: 85.6kg

Sekian, terima kasih.

Sunday, April 18, 2010

Weighing 05

Minggu lepas xder weighing sbb balik kampung
pagi td pun naik scale sdn ragu2 dan takut sbb yesterday mkn ntah apa2..
so..di pagi ahad ini, berat badan saya telah naik....

81.6kg
ha
lega...wpun naik..kalau berat kurang lagi syok la..

sekian, harap maklum yea kawan2..

Friday, October 9, 2009

TBL Final Weighing

Akhirnya berakhirlah sudah TBL..tapi target tak tercapai..
Gambar ni menunjukkan berat terkini yea...


Berat pada awal pertandingan adalah 83.9kg dan berat terakhir adalah 82.9kg. Total Weight Loss = 1kg only.

Dengan keadaan diet yang tak menentu..secara jujurnya saya tak berpuas hati dengan pencapaian saya ni.:((

Tapi saya tak akan putus asa....terus berusaha....

*Please take note, saya dah tak lagi ambil HL....stop kejap sebab kegawatan ekonomi :)

Saturday, September 5, 2009

Week 15

n3 ni ringkas saje sbb busy sket...

berat minggu ni, naik semula 0.7kg menjadikan berat terkini adalah 82.3kg.
mungkin sebab sekali tu berbuka puasa dgn kawan2 kat luar..makan seafood lagi...

:)) so, dats ol ya...

Friday, August 28, 2009

Result Week 14 and 13

Ok....sorry sebab lama tak update..

ingatkan nak tunggu upload gambar..tengok2 sampai hari ni x cr new card reader...

tak apalah..bagi figure sajalah ye...saya kumpul gambar2 scale tu byk2..bila dah ada card reader nanti kita buat pesta upload gambar scale....

Week 13 berat adalah 83.6 kg
.
dan
.
jeng
.
jeng
.
jeng
.
Week 14 pula telah menjadi 81.6 kg

Ini bermaksud, berat saya telah kurang sebanyak 2 kg setelah seminggu berpuasa.

Kaedah, kawal portion makanan.

Sekian, terima kasih dan saya merasa sangat gembira sekali...

Monday, April 13, 2009

Hasil cabaran kepada diri sendiri untuk minggu ke 14

untuk ingat balik cabaran yang telah digariskan, jom baca sama2;

dengan itu...
1. saya mencabar diri sendiri untuk :
a) mengambil nasi tidak lebih dari 3 kali seminggu dengan sukatan sesenduk nasi dan hanya diambil pada waktu siang (malam tadi saya ratah ikan kukus jer pun..tp...)
b) meneruskan senaman 2 kali seminggu
c) berbasikal selama 30 minit di setiap hujung minggu (sabtu dan ahad)
d) meningkatkan pengambilan air sebanyak 3.5L sehari - nak try buat sassy water la...sbb saya baca, sassy water boleh membantu mengurangkan kembung perut...
e) mengambil shakes 2 kali sehari bermula 4 April 2009 (mlm ni ada dinner..tak sempat nak shake2..)
--: cabaran ini perlu diteruskan sehingga 12 April 2009 dan berat badan akan diambil pada pagi Isnin 13 April 2009.
--: mencabar ni..sebab ada 3 hari cuti....Good Friday, Sabtu dan Ahad...
--: kenaikan berat atau penurunan berat pada minggu ini, hendaklah dimaklumkan kepada umum..haha..
2. Jika kesemua cabaran ini dapat dilaksanakan, saya akan membeli mesin penimbang yang baru untuk dihadiahkan kepada diri sendiri.....:))


dan, pencapaiannya;
1.
a) tak kira pula brp kali makan nasi, tapi mmg sgt jarang makan nasi mungkin 3-5 kali kot...ehehe...kalau dulu, setiap hari pun bole makan nasi....alhamdulillah...saya mls betullah nak keep track record makanan nih...
b) senaman 2 kali seminggu - tarian..dah terlaksana
c) dapat naik basikal pada hari sabtu jer..selama 30-40 minit + 20 mins senaman ringan spt wall push up dan sit up. hari ahad saya demam...tak larat...
d) pengambilan air tak dpt ditingkatkan..purata pengambilan dalam 1.5-2L mcm tu, sbb the whole weekdays ada training...susah nak cr bekalan air...fail juge..
e) shake 2 kali sehari? langsung tak tertunai wpun satu hari...teruknya saya ni...knpkah begitu susah nak shake 2 kali sehari? kalau dulu sng2 jer...kita mulakan lagi...
f) berat pagi tadi adalah 82.3kg....herm...tak boleh jadi..kena usaha lagi
** kepada para pembaca..bukan HL yg tidak berkesan ya, saya yg tak ikut peraturan...harap maklum..**
2. nampaknya tak adalah hadiah untuk diri sendiri...

tengok hari khamis ni mcm mana..demam tak baik lagi ni...ada siri 2 laks demam ni kan..igtkan last week dah settle...

Friday, April 3, 2009

Progress Report : Week 13

Alhamdulillah...
1. telah berjaya melakukan senaman selama +- sejam 2 kali seminggu (kelas tarian la tu...)

Tapi...
1. Plan detox tak menjadi...minggu ke 2 diserang demam
2. rumah dipenuhi coklat..makan sikit2 jer...dapat lawan gak godaan cik cokelat ni...kalau tak, maunya habis sekaligus semua cokelat tu. ada beberapa coklat yg saya tak lalu nak makan sbb sangattttt sweetttt....sekarang dah tak lalu nak makan benda yang amat manis ni...apa2pun yg kurang manis tu masuk jugalah kan.....
3. shake pun ambil sekali sehari..apalah..buat maintenance jer..mcm mana berat nak turun...commonla....

dan...
1. berat badan saya tak ada perubahan.
2. Perut masih lagi bloated...knp ye? banyak angin ke perut ku ini???ataupun sebab menses belum berlaku??
3. taknaklah reveal berapa berat pada hari ni....

dengan itu...
1. saya mencabar diri sendiri untuk :
a) mengambil nasi tidak lebih dari 3 kali seminggu dengan sukatan sesenduk nasi dan hanya diambil pada waktu siang (malam tadi saya ratah ikan kukus jer pun..tp...)
b) meneruskan senaman 2 kali seminggu
c) berbasikal selama 30 minit di setiap hujung minggu (sabtu dan ahad)
d) meningkatkan pengambilan air sebanyak 3.5L sehari - nak try buat sassy water la...sbb saya baca, sassy water boleh membantu mengurangkan kembung perut...
e) mengambil shakes 2 kali sehari bermula 4 April 2009 (mlm ni ada dinner..tak sempat nak shake2..)
--: cabaran ini perlu diteruskan sehingga 12 April 2009 dan berat badan akan diambil pada pagi Isnin 13 April 2009.
--: mencabar ni..sebab ada 3 hari cuti....Good Friday, Sabtu dan Ahad...
--: kenaikan berat atau penurunan berat pada minggu ini, hendaklah dimaklumkan kepada umum..haha..
2. Jika kesemua cabaran ini dapat dilaksanakan, saya akan membeli mesin penimbang yang baru untuk dihadiahkan kepada diri sendiri.....:))

Ok, sebelum saya berhenti....bagi yang nak tau recipe untuk sassy water, boleh rujuk kat bawah ni...

Sassy Water
http://www.prevention.com/pvnstatic-assets/images/298x232_article_size/weightloss/298x232-water_lemon-298x232_water_lemon.jpg
Ingredients
  • 2 liters water
  • 1 tsp fresh, grated ginger
  • 12 mint leaves
  • 1 cucumber, peeled and thinly sliced
  • 1 lemon, thinly sliced
Directions
  1. Combine all ingredients in pitcher.
  2. Drink all in one day.
  3. (if you let it sit overnight, the flavors are stronger...personal preference)
  4. Enjoy!
Selamat mencuba, nak try esok...

Friday, March 13, 2009

Progress Report : Week 10

Hai hai..
poco2 dan bagai, tak sempat nak start lagi....
tapi space semua da ready...tgh cari feel..and ada gud news..my org nak mulakan program senam seni...alah yg saya citer nak replace poco2 tu...rasanya, saya akan ikut je...

senam seni ni diorang akan buat 2 kali seminggu...oklah dari tak ada kan??? anda program tu akan bermula minggu depan...tak sabar nye....

ok, progress untuk minggu ni;
Mula2 menu:
menu HL 10/3/2009

Sarapan: 4 scoops HL + 400ml plain water
9 am : minum 1 gelas teh hijau
Makan thari : Mee Tomyam + fresh lime
minum petang : donut + sandwich (ada miting arr)
Makan malam: KFC (snack Plate)
10 pm: 600ml teh hijau
Pengambilan air : 1L + 1L + 1L
++sebab banyak minum air, ntah berapa kali keluar masuk toilet mlm td..hihi...
++plan nak minum shake mlm tak menjadi sbb lalu depan KFC laks balik dr office yesterday...alahai...


menu HL 11/3/2009

Sarapan: 4 scoops HL + 400ml plain water
Makan thari : brunch - nasi lemak + 600ml teh hijau
minum petang : karipap & kuih ?
5pm: iko-pfs, saya pun dah mkn iko taw...
Makan malam: 4 scoops HL + 400ml plain water + 1/2 biji guava
9 pm: 600ml green tea + 2 biji telur rebus..lapar la pulak...gilosh...
Pengambilan air : 2L + 1L
++ mlm td tekak rasa kering gilosh.. naper ek? sbb minum green tea ker??
++ yeay..berajya ambil 2 shakes sehari..tp kantoi la pulak sbb makan telur rebus..eheheh...


menu HL 12/3/2009

Sarapan: 4 scoops HL + 400ml plain water
Makan thari : bihun goreng, plain
minum petang : 1 cup green tea, i packet iko
Makan malam: nasi + ikan goreng + guava
Pengambilan air : 1L+ 1L
++ pengambilan air sikit betul..
+ala, kantoi lagi...lain kali, waktu normal meal tu pastikan makan nasi..takla craving for nasi...

Progress laks;
Berat pagi tadi adalah 82.8kg...naik...tp dah tau dah knp naik...no worry...
selain daripada timbang guna kg, ada pendekatan baru skrg nih...guna lb laks...haha...kasi mencabar sket..
and berat dlm lb laks.. 181.6lb
target untuk next week, nak kurang kan sikit jer... 0.6lb, cukup la....

Perkembangan diri sendiri;
dunno why lately, saya emrasa sangat lesu dan lenguh2 seluruh badan...
mlm semalam, saya rasa mcm bloated sangat...and bangun pagi td, mak aih...seluruh pinggang saya merasa sangat sakit...rasanya blm sampai masa cik P nak datang melawat....
kt tengoklah..2-3 hari lagi mcm mana...

ok..gtg...will keep readers semua updated..

Jom jadi sihat

++Ralat: kiraan dalam lb tersebut adalah salah kerana mesin timbang saya bengong...harap diabaikan yer.... dikemaskini pada 17/3/2009 :((

Friday, March 6, 2009

Progress Report : Week 9 :(

Herm...
minggu ke 9...
This week i wonder...kenapa lengan baju saya ketat sebelah. saya ingatkan my mom silap ukur masa buat baju tu...bila try other baju yg ok sebelum ni, sama gak..ketat area lengan kanan...bila ukur lengan..herm..ada beza 3 cm antara lengan kiri and lengan kanan..biar betul....lps tu my mom perasan yg bahagian lengan kanan dan sekitarnya, termasuk bahu belah kanan, berada di dalam keadaan kembang semangkuk...

Sebenarnya, before this mmg selalu sakit sekitar bahu..i told my mom, mungkin kembang sbb main bowling kot...tp dia tak puas hati..so, dia cuba urut..n dia cakap..urat di bahagian bahu berselirat dan berkepal2..haha..imagine sendiri..wa tatau mcm mana nak explain....yg pasti, masa dia urut tu..sgtlah sakit...skrg pun amsih sakit kesan urutan...n tak boleh tidur mengiring ke sebelah kanan...

Pagi tadi, saya perasan yg kekembangan dah kurang sikit..nasib baik my mom ada..kalau tak...maunya makin kembang..dan sebagai hadiah, i kena stop main boling for 2-3 bulan..sedey..sedey....

Ok..ni pasal berat badan laks...naik sikit arr...82.6kg...
biarlah..my mom balik next week..pasti boleh reach 7*.* by end of this month...

apa lagi nak citer ek??menu..
--> maintenance menu with 2 cup of Green Tea (green tea baru start ambil semalam)...

kemudian, nak tanya kawan2 lain, ada tak mengalami keadaan kulit yg kendur lepas lose weight? sekarang ni tak tau nak cakap macam mana, is it kulit kendur ataupun isi..sebab bila pegang badanni rasa mcm lembik jer sini sana...tak firm..sbb ada kawan yg badan dia keras jer...
tak bestla...selain drpd F3, ada cara lain tak nak firmkan badan ni?? menganjalkan kulit...

okla..gtg..nnt sambung lagi ye..tata...

Friday, February 27, 2009

Progress Report : Week 8 :|

Sebelum proceed dengan report dan rapuan....tengok gambar kat atas ni dulu....
sebenarnya dah lama nak add virtual weight loss model ni...
mmg nampak mcm saya la.... berat sebelum 195lbs(89kg) and my target 151lbs(69kg)..
banyak bezakan???

ok..berita selanjutnya;

Jangan tanya mana perginya week 6 and 7..melayang....
minggu ke 6, menu saya mcm biasa 1 shake per day... setengah daripada minggu ke 7 saya makan lauk dgn 1 sudu nasi shj...sbb masa tu lepak kat hotel..makanan pun sodap...x boleh tolak..no shake untuk 4 hari.
minggu ke 8, kembali ke pangkal jalan dengan mengambil shake sekali sehari semula...

mengapa bukan 2 shakes sehari? parents ada kat rumah la..wpun dia masak biasa jer..tp nafsu makan tu masih lagi membuak2..bukan sng nak makan masakan mak kan?? tp the key is moderate...alhamdulillah..berjaya gak memoderatekan diri....

ok..result for today...82.2kg...balik kepada berat pada awal minggu pertama dulu..
knp? sbb sepatutnya ambil 2 shakes per day..tp degil...hahah...
it's ok...dengan melihat ketebalan cik pfs yg makin menipis, saya berikrar akan mengikut jejak langkah beliau...saya jugak yg masih tebal nih....

saya tak nak janji banyak...cuma berharap, next week saya dpt kurangkan berat kepada 81.7kg... kalau tak buat target ni mmg terbabas sokmo..at least kalau ada target..usaha tu lebih sikit...

kata nak tawan hati org kesukaan..tp kalau masih gemuk mcm ni, siapa nak pandang kan??? ehehehe....

Wednesday, February 25, 2009

sekadar update

sejak 6 Februari...dah tak ada updates dari saya, baik dari segi menu dan sebagainya...

sebenarnya, saya tersangatlah sibuk dengan aktiviti di office...sekarang pun masih lagi sibuk..tp dah kuranglah dari kesibukan sebelum ini...jadi..saya ambil kesempatan utnuk membuat sedikit updates...

Last week i have my normal menses lagi selepas ketiadaan pada dec and jan...hepi...

selain dari sibuk di office, kesibukan bertambah bila perlu pergi outstation...
nak jadi cerita, at the hotel tu ada weighing machine and bila naik saya rasa nak pitam kejap..it's 84.*kg...gila tu...makan masa kat hotel ni saya kontrol giler...nasik mmg ambil 1 sudu jer...lain2 ratah lauk..dunno why berat boleh naik gila sampai mcm tu sekali...nak sedapkan hati, anggaplah sbb tgh menses...

bila balik rumah (sabtu lepas)..naik balik scale..herm..scale ni pun sama..tunjuk 84.*kg..gilo hapo....
saya pun merasa sangat frust...*untuk makluman, masa outstation tu saya tak ambil HL..skip..sbb food provided dar buka mata hingga tutup mata....

petang yesterday, balik dari kerja, saya cuba naik balik scale...and alhambulillah...adalah nampak penurunan...82.4kg kalau tak silap..kalau tak..mau gila berpanjangan dibuatnya....

apa2pun..berat yg sebenar akan dipaparkan hari jumaat. Insya-Allah...

menu?? maaflah kawan2..saya tak dapat nak penuhi janji dgn emnuliskan menu..susah gilosh nak catat bila bergerak dari satu tpt ke satu tpt..nak mengingat pun payah...will try to sambung baliklah...catatan menu tu walau apapun...

nak announce kat sini...saya sgt jeles dgn pfs sbb berat dia makin turun...dgn ini..saya berazam akan meneruskan usaha saya......

kiri kanan....entah brp kali dah kawad nih..tak jugak jalan...

Friday, February 6, 2009

Progress Report : Week 5 :)

my latest favourite pic...masih gemuk..tp gambar ni melambangkan semangat kewl yang teramat..i like this photo very much...org lain saya tak taw ler...:))
Herm..minggu ke 5,
minggu ni saya dah ambil 4 scoops of HL balik...
progress? wpun mlm td makan nasi (parent dtg dari kampung bawa beras baru..mana leh tahan wei...tp kontrol amt la...) pagi td timbang, ada perubahan positif..

Jumlah berat yang berjaya diturunkan 200g (okla dari naik kan???)
So, hari ni berat saya 82.0kg...

shakes - 4 scoops f1

Day 31: 1/2/2009
Sarapan: -
Brunch : Shakes
Lunch: 4pm - yong tau foo
Dinner: 4 ketul nugget
Plain Water:1-2L

Day 32: 2/2/2009
Sarapan: shakes
Lunch: nasi campur (nasi, sayur, ikan goreng, udang goreng rangup)
Dinner: 2 chiken wing, panggang
Plain Water:1-2L

Day 33: 3/2/2009
Sarapan: shakes
Lunch: nasi campur (nasi separuh, sayur 2 jenis, ayam goreng)
Dinner: kentang goreng + 1 sausage
Plain Water:1-2L

Day 34: 4/2/2009
Sarapan: shakes
Lunch: mee kolok sup + ice lemon tea
Minum petang: mihun singapura
Dinner: shakes + 10 pcs kentang goreng
Plain Water:1-2L

Day 35: 5/2/2009
Sarapan: shakes
Lunch: kfc snake plate + Ice lemon tea
Dinner: nasi (beras baru :)) & ikan keli masin & udang rebus cicah air asam...
Plain Water:1-2L

pengambilan air memang kurang sikit..sbb tak semapt nak minum bila di offis..asyik berkejar ke sana ke mari.....

Mesti ramai yang hairan why do i stick to Herbalife wpun berat badan tak turun...
1. Sebab selain daripada penurunan berat badan, banyak faedah lain yang kita akan dapat bila ambil HL. Yang paling besar untuk saya adalah bila my Menses dah jadi regular. sebelum ni setahun sekali pun payah..kena ambil ubat baru dia keluar...
2. Berat saya tak turun sebab menu saya tak betul..maksudnya saya tak berdisiplin..tak macam mula2 dulu...
3. Kebas tangan saya dah hilang...kalau dulu, mula2 tangan yg kebas...sebelum mkn HL, kaki pun kebas...dan kebas ni tak mengira masa. Ada satu masa, kebas disertai rasa ngilu...sakit weh...skrg alhamdulillah...tak ada dah semua tu...

Jadi, makanan kesihatan bukan setakat untuk kurus sahaja...kalau dah experience sendiri perubahannya...memang tak dapat nak tinggalkan HL...

I do try option lain, tp masih gak cari HL balik...HL adalah yang paling sesuai untuk saya buat masa ni. Before HL jangan cakaplah..banyak ubat kurus lain saya dah try...cuma x pergi pusat pelangsingan badan jer...

Untuk pengamal HL...selamat ber HL...

Senaman
lately memamng saya dah tak dan nak bersenam...shhh...malas yang lebih sebenarnya....

tak apa..kita try to improve our routine...chayo...

Untuk visitors
Tq sbb melawat blog ni....and untuk yang tinggalkan komen, tq juga..cuma sorry ya kalau terlambat reply or terlepas pandang nak reply.... :)) peace

Friday, January 30, 2009

Progress Report : Week 4 :(

herm...

1. Minggu ni stock HL baru sampai after CNY.
2. Berat badan naik sebab tak control makan. I realize that berat sangat cepat naik bila saya makan nasi. Agaknya kena buat detoks secara besar-besaran kot. (Nak cuba 7 days detoks with herbalife). So minggu ni, saya taknak update berat.
3. Menu. Minggu ni pun tak nak update menu sbb kalau updatepun xder point. Menu tu mmg menu untuk menaikkan berat badan...takyah la uplaod minggu ni..minggu depan saya upload k..
4. Geram Kepada Diri Sendiri
- Saya ada dinner mlm ni..., so, mlm td saya tryla semua baju yg ada dlm almari dan semuanya nampak tak sesuai kerana perut yang besar. nasib baik baju2 tu amsih boleh masuk...itupun cukup2 je...masa tulah rasa geram menguasai diri dan start dr masa tu saya bertekad untuk kuatkan lagi azam....
-diri saya ni memang menyedihkan..lately, semangat nak kurus tu ada..tp usaha tu kureng...dats why mulai ahad ni saya nak try detoks...7 days intensive detoks with dewi...tp rasanya kalau detoks..pengambilan yg plg baik ialah dengan mengambil 2scoops f1 selang 3 jam.. (ikut method juice detox)..
Mcm mana nak plan ye..lebih kurang mcm ni kot;
7am - 2scoops f1
10am - 2 scoops F1
1pm - 2 scoops F1
4pm - 2 scoops F1
7pm - 2 scoops F1
10pm - 2 scoops F1
air kena minum banyak.... kalau tak nak ambil F1, boleh ganti 10am, 4pm and 10pm dengan buah....jom try seminggu....
gtg..chiow...

Friday, January 23, 2009

Progress Report : Week 3 :(

Pagit td timbang dan nampaknya berat naik lagi...kali ni naik ke berat asal la pulak...
82.2kg....mak aih....turun naik..turun naik...tp tak kisahlah..lps minum shakes semula..mesti turun balik..no worry...agak2nya bandan saya ni tak boleh tengok nasi kot..kalau nasi, dia serap semua...hahaha...apa2 je la...

minggu yang agak menekan sebenarnya....sangat tertekan secara tiba2...tp hari ni dah ok..alhamdulillah...

Untuk kawan2 yg sambut CNY, happy CNY....

untuk yang rajin nak tengok menu...here we go...tp menu ni mmg menu menaikkan berat badan tau..huhuhu...

Menu....
Day 18: 19/1/2009
Sarapan: -
Brunch : bihun goreng + teh susu
Lunch: -
Dinner: mee goreng daging
Plain Water:1-2L
++period after 2 bulan

Day 19: 20/1/2009
Sarapan: -
Brunch: nasi briyani ayam goreng + teh tarik
Lunch: -
Dinner: mee hong kong + try spirulina cereal drink..semua nak try..hoho...
Plain Water:1-2L
++alamak..period 1 day jer??

Day 20: 21/1/2009
Sarapan: Psyllium Husk (adik suruh try)
Lunch:nasi putih + ayam masak kicap + butter prawn + sayur + ice lemon tea tanpa gula
Dinner: nasi goreng ikan masin (aku tgh stress dgn boss, terbabas la..)
Plain Water:3-4L
+work out abt 10 mins awal pagi
+work out 40 mins sebelah ptg

Day 21: 22/1/2009
Sarapan: Psyllium Husk with apple cider (ok gak la rasa dia)
Lunch:mi tomyam + air bandung
Dinner:nasi putih + ayam goreng
Plain Water:2-3L
+badan sakit2 ar..kesan senaman nih..

+ dah 2 minggu tak shake....rindu nyer...

Monday, January 19, 2009

Weekly Progress and menu

Jumaat lepas dah timbang, tp tak sempat nak update sbb xder tenet....
so, progressnya- jumaat lepas berat naik balik kepada 81.7kg...x tau knp...
mungkin sbb shakes dah habis kot...
lagi pula mungkin terlebih mkn nasi...ehehhe..tengoklah minggu ni mcm mana...nak order hl dulu...

Menu Minggu Lepas;

Day 08: 9/1/2009
Sarapan: Shakes
Lunch:sesudu nasi + ayam masak merah +sayur kacang (after bengkel), kawan belanja - 1 slice pizza, 2 pcs deli wing, air oren :hancur2...
Dinner:
Plain Water:

Day 09: 10/1/2009
Sarapan: Shakes
Lunch:bihun goreng
Dinner:sate daging & ayam (10 cucuk), chicken wing panggang (2 pieces)
Plain Water:1.5-2.5L (hujan....)

Day 10: 11/1/2009
Sarapan: Shakes
Lunch:sate ayam (10 cucuk)
Dinner:1 sudu nasi + ikan goreng, mkn kfc(tetiba mengidam)..tp bila dah mkn 1 piece..kenyang gilosh...
Plain Water:1.5-2.5L (hujan....)

Day 11: 12/1/2009
Sarapan: Shakes
minum pagi: nasi goreng seafood (1 senduk) jamuan masa meeting...
Lunch: roti pattaya & teh tarik
Dinner: roti & ikan goreng :)
Plain Water:2-3L

Day 12: 13/1/2009
Sarapan: Shakes -alamak! shakes dah habis...kena reorder...
Lunch:
Dinner:
Plain Water:2-3L

Day 13: 14/1/2009
Sarapan: -
Brunch : nasi lemak + rendang daging & teh susu
Lunch: -
Dinner:pasta goreng (w daging)
Plain Water:2-3L

Day 14: 15/1/2009
Sarapan: -
Brunch: bihun goreng
Lunch: -
Dinner: daging goreng sos tiram + nasi
Plain Water:1-2L

Day 15: 16/1/2009
Sarapan: -
Brunch: Laksa Sarawak + teh susu
Lunch: -
Dinner: maggi (teringin nak makan maggi laks)
Plain Water: 1-2L

Day 16: 17/1/2009
Sarapan: Jemput-jemput ikan bilis (5pcs)
Lunch:lunch lewat(5pm) Seafood Curry Laksa & Yougurt Mix fruit @ Secret Recipe
Dinner: Blueberry cake (1 Slice)
Plain Water:1-2L

Day 17: 18/1/2009
Sarapan: -
Brunch: nasi & udang goreng
Lunch:-
Dinner: fries & chicken finger (btl ke nama dia ni?)
Plain Water:2-3L

Friday, January 9, 2009

Progress Report : Week 1 :)

Senyumlah...senyumlah...ahai cek mek molek...

Minggu ini..saya sudah timbang and saya punya berat ada sedikit turun juga.. :)

82.2kg down to 81.0kg. Shed 1.2kg compared to last week.

so, seperti yang dijanjikan..inilah menu saya..

Day 04: 5/1/2009
Sarapan: Shakes
Lunch:oat dengan telur dadar & ikan goreng
Dinner: meratah lauk (ikan goreng) & sekeping roti
Plain Water:2-3L or 4L tak sukat btl2 la..

Day 05: 6/1/2009
Sarapan: green tea sahaja
Lunch: brunch (nasi & ikan goreng lagik..nyam2..)
Dinner: shakes, lps tu mlm lapar, makan grilled vege
Plain Water:2-3L
*excercise kemas rumah

Day 06: 7/1/2009
Sarapan: Shakes
Lunch:crispy mee (tak habis) + ice lemon tea
Dinner:aot + omelette (tak sedap..siapa cakap oat ni sedap..) sekali mkn ok la..
Plain Water:2-3L
*yeay..no nasi for the day...
*taknak makan oat dah...tak sedap..loya jer..baik minum HL...

Day 07: 8/1/2009
Sarapan: Shakes
Lunch:ayam goreng + fries + mashed potato + milo ais (semua dlm size S)
Dinner:ada majlis tahlil (makan sikit nasi tomato, ayam masak merah, kerabu timun, tembikai)
Plain Water:2-3L

Summary

Apa yang telah dilakukan sepanjang minggu ini?
-avoid snacking..ada sekali je curi2 snacking. itupun dlm kuantiti yg sgt terhad
-kurangkan jumlah pengambilan nasi. Overall, minggu ni makan nasi 2 kali je (dari day 4-day 7)
-minum air - macam biasa sbb saya mmg badak air..
-senaman-minima sgt...
-air bergula..adalah terbabas 2-3 kali sbb makan di luar...

Jadinya? saya berusaha lagi untuk minggu depan...yg masih lagi bersedih atau putus asa...come on...kt berusaha sama2..