Monday, December 28, 2009

Perut yang buncit

Tengok gambar kat sisi tu...
my latest pic.
bukan pregnant tau.....
sesungguhnya itu aadlah merupakan kesan daripada stress yang dialami sepanjang tahun 2009.
dan kemuncak stress adalah pada oct-nov 2009. dan ketika itu saya mula makan tanpa henti, tidak memikirkan lagi natijah perbuatan tersebut.
saya makan apa saja yg saya ingini. dan akhirnya berat badan yang telah selesa pada tahap 82kg(max), sebelum stress semakin naik mencanak-canak sehingga yg paling tinggi 88kg (angka cantik nih...)....
setelah sedar, saya mula kawal balik pemakanan wpun masih tidak dapat mengawal sepenuhnya dan itulah terhasil gambar seperti di menu sisi ini.

Saya berazam untuk menurunkan balik berat yg telah dikumpul semasa stress itu...dan yg paling penting..perut yg seolah-olah wanita mengandung itu perlu dikurangkan sedikit....

jadi...kali ni harapan saya semoga dapat mencapai berat 80kg dulu.....
before this, tahun 2008, berat yg paling ringan adalah 77kg...kita akan cuba mencapai 77kg untuk sasaran ke 2....

come on dewi...maju terus maju jangan undur....

Tuesday, December 22, 2009

Berat oh Berat Badan KU

Start from today, i will try to kembali mengawal food intake dan akan membuat laporan secara bulanan......
Sekarang ni dalam fasa membuat ujikaji ke atas diri sendiri....

so...kena sharekan juga profile daripada hari pertama ni...
sehingga bulan depan, saya akan update berat terbaru..
naik turun bergantung...tiada pressure yg kuat...kena berusaha terus...

ok..
Tarikh: 22 Disember 2009
Masa: 6.35am (lebey kurangla)
Berat Badan: 85.0kg
Lemak di badan ku ini: 46.4%
Air di dalam badan ku ini : 37.6%
Muscle: 45.0%
Berat Tulang temulang: 2.1kg
BMR: 1593Kcal


so..sekian sajelah...bulan depan kt tengok..ada kurang ke tidak...
so, bulan depan adalah pada 22 Januari 2009