Sunday, November 21, 2010

Geram

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sangat geram dengan diri sendiri bila berat badan semakin naik dan tak berdisiplin bila mengikuti sesuatu program.
Lebih sedih lagi bila orang sekeliling ingat kita ni dah berusia sangatlah kononnya...

Sangat geram dan dengan itu, saya menyalurkan segala energi dari perasaan geram tersebut untuk membantu saya stick to my diet program.

Saya akan buktikan, saya bukan makcik-makcik...

aduh..sakit betul hati ni...

Salam Manis, dcd79

Friday, November 19, 2010

Update 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
It's 19 Nov 2010
Seperti yang dijanjikan, hari ni kena timbang lagi.

Sebelum tengok result, mari kt tengok menu untuk minggu ni;
Day 16- Day 20: 1 shake
Day 21: skip shake
Day 22: 1 shake

dengan pengambilan yang tidak berdisiplin ini, saya telah mengalami kenaikan berat badan kepada 88.4kg.
Walau bagaimanapun, diri sendiri nampak muka dan perut dah sust sikit. Dan dari malam tadi x berhenti sendawa. Mungkin terlebih angin dalam badan, tu pasal la berat naik sampai macam tu sekali. Bloated mode on katanya :)

Apa-apapun, saya x nak worry lebih2..
Start hari ni berusaha balik and kita tengok next week mcm mana. kalau boleh dapat berat lebih rendah dari last week, nak bagi apa kat diri sendiri ek?

So, overall- berbanding minggu lepas, mari kita lihat summary:
86.8kg - 88.4kg = naek 1.6kg (anggapkan berat angin semata2 okeyh)

till then, chiow..

Salam Manis, dcd79

Friday, November 12, 2010

Update 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Entry ni sengaja dipendamkan sementara menanti keputusan rasmi weighing pada pagi jumaat 12 Nov 2010.
mula-mula ingat nak buat entry terpendam, tp x jadi sbb sempat tulis tajuk jer...
so, entry ini adalah segar dari ladang...

Perkara 1: Herbalife lagi

Dah penat mencuba pelbagai kaedah untuk menurunkan berat badan, akhirnya berpatah balik kepada herbalife...mmg herbalife juga yang paling sesuai dengan badan saya nih...

Dan pengembaraan saya diteruskan lagi...

*sebelum ni dah bbrp kali cakap yg saya nak stop...xnak fikir pasal diet..tp bila keadaan kesihatan menyusut, kenalah fikir juga..

Perkara 2: Profil Berat Badan Pada Hari Pertama
Okeh, ni profile berat badan pada hari pertama pengambilan Herbalife

Tarikh: 28 Oktober 2010
Berat: 87.9kg
BMR: 1614
Fat: 46.8%
Water: 37.5%
Muscle: 45%
Bone: 2.1kg
BMI: 42.4

Perkara 3: Selepas 1 minggu yang mencabar
Bermula semula dan menukar kebiasaan bukanlah mudah, akhirnya instead of 2 shakes per day, saya ambil 1 shake sahaja.
Kesukaran ditambah lagi apabila kena g outstation. so summary lebih kurang mcm ni;
Day 1: 1 shake
Day 2: 2 shakes + snacking
Day 3: 1 shake
Day 4 - Day8: normal meal with Teamix
Day 9 - Day 12: 1 shake

Memang susah nak mula balik dengan disiplin yang kuat bila parents duduk sekali ngan kita and food ada merata2.

Perkara 4: Bermula dengan dedikasi
Tapi alhamdulillah, akhirnya hati dapat dikuatkan bermula Day 13.
Berat pada hari ke 13 masih kekal pada 87.9kg
dan dari Day 13-Day15, saya telah berjaya mengambil 2 shakes sehari wpun ada gak curi2 snacking.

Pengambilan air memang tak jadi masalah. purata pengambilan air adalah 2L teamix dan 2L plain water.

Perkara 5: Keputusan Rasmi
Okeh, pagi td timbang dan saya agak gembira dengan perkembangan yang saya perolehi.
Kesimpulannya,
Day 1- Day 12 : berat kekal pada 87.9kg
Day 16: berat adalah 86.8kg
Sudah kurang 1.1kg :)
minggu depan usaha lagi..

Perkara 6: Kesan terhadap kesihatan
so far, kesan terhadap kesihatan takla banyak sangat..cuma kebas2 kat tangan dah kurang sikit....kebas masih ada..tp berkurangan..
lain2, saya rasa kulit muka mcm glowing sikit..tak tau perasaan saya saja kot :)

Ok..cukup dululah update dari saya... nak tengok next weeks pulak mcm mana..

saya perlu kurang kan 7.8kg lagi sebelum mencapai target saya...

Salam Manis, dcd79

Friday, November 5, 2010

79

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sekarang saya sedang berusaha ke arah
kg
Ini adalah kerana, saya telah memaksa bonda dan ayahanda saya membayar rm100 setiap seorang sekiranya saya mencapai target untuk mengurangkan berat badan kepada 79kg ataupun kurang menjelang 31 Disember 2010 ini. Jika gagal, saya perlu membayar mereka pula.
Hohoho...demi ingin melihat saya sihat, mereka telahpun mempersetujui perjanjian ini.

Adakah saya akan berjaya? Saya sedang berusaha bersungguh2. :)

Salam Manis, dcd79