Monday, December 27, 2010

It's not just a number

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya tau, lately saya tak amalkan gaya hidup yang sihat. Snacking and skip meal and buat ntah apa2 lagi yang tidak sihat.
Ada jugakla perkara sihat yang saya buat for the past 2 weeks, tapi takla sebanyak perkara yang tidak sihat tersebut.
dan, ianya berakhir dengan bencana bila berat badan naik kepada 89.3kg. Apa? 89.3kg? lagi 700g nak naik jadi 90kg. Berat masa awal2 saya ambil herbalife beberapa tahun yang silam.

Saya tau, memang salah saya. memang silap saya. Saya sudah berazam, tapi saya kalah dengan persekitaran. Ditambah dengan kecederaan di buku lali, menambahkan lagi faktor pendorong kepada kesukaran untuk saya menjalankan usaha murni yang telah saya mulakan semula pada bulan lepas.

Kenapa usaha murni tersebut saya hidupkan semula? Banyak sebabnya. Antaranya adalah;
1. Cik P dah taknak melawat aku
2. Kekebasan kaki  dan tangan semakin menjadi-jadi
3. Berat semakin naik
4. Baju makin banyak yang ketat
5. Kaki makin senang nak terseliuh - no more high heels for me..dah berbulan dah...

Apakah usaha murni itu?
1. Menjaga pemakanan dengan mengambil herbalife

Mengapakah mengalami kebuntuan/kegagalan?
1. Anak buah dan adik ipar datang dari kampung, so kenalah entertain diorang selama 2 minggu. Yang baiknya banyak berjalan tapi yang tak seronoknya, makan lagi banyak..
2. Ayah dan ibu memang lepak kat rumah saya semenjak beberapa bulan yang lalu...tp bukanlah masalah sangat pun
3. Tekanan kerja di pejabat membuatkan saya mencari makanan sebagai pengubat stress. Tak sukalah mcm ni... kena tukar kepada alternative lain iaitu bersenam dan kaedah ini juga telah dikenalpasti sebagai kaedah yang berjaya menghilangkan stress

So, apa nak buat ni?
1. kena start balik gaya hidup sihat. makan dengan sihat, bersenam dan kurangkan stress
2. kena start serta merta. jangan bagi alasan lagi. ingat, baju banyak yg dah x muat....

herbalife tak membantu ke?
1. Herbalife memang membantu.
2. so far, kebas2 dah berkurangan tapi Cik P masih merajuk, lama betul rajuk Cik P ni...

Jadi hari ni berat adalah 89.3 kg. sebulan lagi baru leh timbang. tak boleh timbang selalu. nak kasi surprise kepada diri sendiri kononnya. Jadi tarikh menimbang rasa yang seterusnya adalah 27 januari 2011. erkk.. bukan kena outstation ke? tak kisahlah..b4 outstation kita timbangla dulu.. okeyh?

Jadi kepada diri sendiri, sila buat sehabis baik. tak ada orang lain yang dapat bantu kita selain daripada diri kita sendiri. Orang lain boleh tolong galak or gelak jer...

Sekian, terima kaji.

*kali ni aku taknak target, aku taknak janji...tengok je la.. setakat mana kemampuan aku..

Salam Manis, dcd79

2 comments:

Qaseeh Qistina said...

Hi dewi, teruskan usaha murni tu..chayo'. qistina pun mcm dewi gak..lepas bulan puasa ari tu mencanak jer naik. benci lah *salah sendiri*
mintak2 2011 membuka lembaran baru tuk kite, jom diet sama2..
skrg ni qistina around 89.7kg..nk turunkan 37% dr berat skrg.

Cik Hani yang Baik said...

hi qistina,
tq...jom sama2 berusaha