Wednesday, November 21, 2012

Sebenarnya tiada istilah pasrah dalam diri orang gemuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gemuk sebab kuat makan atau sebab keturunan atau apa2 sebab lain, jika kamu mendengar seorang orang gemuk berkata bahawa mereka sudah pasrah dan menerima keadaan diri mereka seadanya, itu adalah pembohongan besar. besar mana saya tidak tahu.

Sebagai pelanggan kegemukan, saya tidak pernah berhenti merasa ingin mengurangkan kegemukan yang ada. kalau tidak, masakan saya mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk mengurangkan kegemukan saya. CUMA silapnya adalah, saya sering gagal dan gagal lagi.

Tengoklah, dah berapa kali saya gagal. Sekarang, berat saya sudah menjadi 87.8kg semula. Saya kecewa dengan diri sendiri kenapa sehingga sekarang masih belum berjaya. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana walaupun seringkali gagal, semangat saya tidak pernah luntur.

Dan hari ini saya memulakan semula misi saya. saya tidak tahu adakah cubaan kali ini berjaya atau tidak, cuma berharap ada sinar kejayaan untuk saya suatu hari nanti. saya tidak putus berdoa semoga semangat saya dikuatkan untuk sekurang-kurangnya sebulan sahaja.... ya, sebulan sahaja..

Saya berharap, jika ada yang membaca, tolong doakan semoga semangat saya dapat bertahan.

Terima kasih :)

Salam Manis, dcd79

No comments: