Tuesday, June 12, 2012

Resuming my simple workout routine

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Phew, lepas cuti gawai hari tu, aktiviti senaman terus dilupakan kecuali ada 2 sesi mengajar anak saudara berpoco2 sehingga peluh bertempiaran dilantai rumah kampung... more than 5 rounds ok... satu lagu 6 menet, darab 5 dah 30 menet... tp rasanya berjam jugakla..sbb diorang semua excited nak belajar poco2... good for me:)

So, hari ni still xder excercise.. mcm mana dengan esok? ahha, ada baiknya jika saya pergi main bowling esok. tp student ada hari koQ la pulak..xper cuba sediakan baju sukan dan usaha untuk berjogging di tepi tasik. Hurm.. apa dah jadi dengan sesi sewang dan poco2 di pejabat? oh.. semua sangat  busy dan tiada masa. apa? tiada masa? sebenarnya bukanlah tiada masa sangat, cuma tiada mood. haha..

hari ni dah workout ke? dah, saya cuci toilet sehingga peluh membasahi lantai toilet.. betul.. kalau saya cuci toilet, satu jam itu tidak cukup..hahaha...

oklah..penat dah.. saya sajikan gambar2 yang saya pilih dari google untuk motivasi kita semua terutamanya diri saya sendiri..









bye
Salam Manis, dcd79

Day 1 and ...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Phew...Alhamdulillah dapat lepas buat detox untuk Day 1.

Memang super duper mencabar. Bayangan makanan berputar2 di atas kepala. Semua benda pun dibayangkan dengan sedap dan menggugat keimanan. Nasib baik berjaya diharungi detik cemas itu.

Bila dah petang, makin mencabar, so saya decide to do sth yang boleh mengalihkan perhatian saya kepada makanan. Jadi..jeng jeng jeng.. saya telah pergi ke salon untuk mencuci dan sekaligus mengguntingpendekkan rambut saya... whoah..berbaloi2 dan kepala terasa sangat ringan.. lupa jap pasal makanan..wakakaka


Detox tu apa? detox tu adalah tidak mengambil solid food untuk sesuatu tempoh bagi tujuan mempercepatkan penurunan berat badan. Makanlah apa2 pun (selalunya orang ambil meal replacement product seperti Herbalife dan adik beradiknye). Selain daripada itu, banyakkan minum air dan dengan itu sekaligus usus kita pun dapat dibersihkan sekali. Alah, kalau tak faham pergi tanya abg gugel.

Okla, tengok hari ni pulak mcm mana. Esok last day my detox program. tp kalau dpat bertahan, InsyaAllah, akan sambung sehingga friday :)

jadi Friday saya akan update berat terkini. Tak tau naik ke turun, tunggu saja deh :)

Salam Manis, dcd79

Sunday, June 10, 2012

Tiada yang mustahil!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Di dalam melaksanakan tugas dipejabat, berhadapan dengan bermacam jenis permintaan daripada pengguna untuk membangunkan sebuah sistem komputer yang memenuhi kehendak, saya jarang sekali mengatakan tidak boleh. Saya menanamkan kepada ahli pasukan saya bahawa tiada yang mustahil di dalam dunia ini. Kalau kita boleh memikirkan persoalannya, pasti kita boleh memikirkan jawapannya juga. Itu saya sangat yakin!

Tetapi kenapa baru dipagi buta ini saya sedar bahawa keinginan saya untuk menurunkan berat badan juga tidak mustahil. saya telah berusaha selama bertahun-tahun dan kerapkali saya akan gagal kerana determination saya ibarat hangat2 tahi ayam. Bila digoda sedikit maka saya cepat lupa dengan apa yang saya sedang lakukan.

Hurm, mungkin orang dah muak membaca entry saya yang konon2nya bersemangat dan selepas itu masih lagi begitu.

Alhamdulillah, saya sudah menjumpai kuncinya. Tiada yang mustahil jika kita berusaha. jadi kena berusaha. duduk sahaja tidak akan menyebabkan keajaiban menjelma.

Jadi, yakin dan pasti kejayaan itu milik kita. Jangan lupa berdoa!

Salam Manis, dcd79

Saturday, June 9, 2012

Tak Mau Jadi Makcik Lagi!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama betul dah tak menulis di sini. Menjengah selalu, tetapi membuat entry langsung tiada.
Hari ni terpanggil pula nak menulis setelah sekian lama menyepikan diri.
Errkkk, apasal puitis sangat ayat2 cinta saya neh?

Ok, kalau baca title tu mesti banyak soalan kan? eh, bajet ada pembaca setia laks..hikhik...
Mengapa title nya ditulis sebegitu rupa? (oh tengok, puitis lagi, grr... knp tiba2 menjadi puitis begini?)
Sebenarnya kejadian seperti ini bukan sekali dua berlaku, memang dah beberapa kali jugaklah..setiap kali kejadian seperti itu berlaku hati saya rasa hancur seperti daging cincang yang digunakan untuk buat kuah spaghetti bolognese.

Kejadian apa? Kejadian ketika saya dipanggil Makcik oleh akak2 yang mungkin sebaya atau lebih tua atau sedikit muda sahaja dari saya. grrr... mereka tidaklah nampak muda mana pun, tapi mengapa saya dipanggil MAKCIK. kalaupun hati saya merasakan mereka mungkin lebih berusia, saya lebih senang menggelarkan mereka kakak. sebab perkataan makcik tu sensitif. Unless kanak2 sekolah rendah nak panggil saya makcik, saya terima.

Jadi saya perkara tersebut telah membantu saya membulatkan tekad untuk mengurangkan berat badan saya sedikit demi sedikit. Saya mencabar diri saya untuk berusaha mengurangkan berat badan, terutamanya lemak disekitar organ yang menyumbang kepada kenaikan umur badan saya kepada 62 tahun. aih.. betul ni, saya kena usaha. sebab tiada orang lain yang boleh kurangkan berat badan saya kecuali saya sendiri. Kawan2 mungkin bagi sokongan dan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Target pertama saya adalah 80kg. kenapa? sebab bukan mudah nak mengurangkan berat badan yang dah bersarang dan bermastautin begitu lama di dalam badan saya ini. jadi, target perlu realistik.

Tahun 2010 dimana berat puncak saya 89.*kg telah menyebabkan saya sukar bergerak dan selalu keletihan termasuk sering mengalami kebas. Usaha telah diteruskan tetapi ekoran daripada konflik hidup yang membawa kepada gejala stress telah menyebabkan berat itu kekal disitu bertahun lamanya. wpun tidak putus asa, tetapi usaha kerap kali terhenti ditengah jalan. semuanya hangat2 tahi ayam saja..

Saya berharap, insiden makcik ini akan mampu menguatkan diri saya ke arah menjadi seorang kakak atau adik instead of makcik.

Jadi, sekian dulu. Ticker kat sebelah tu saya akan update mengikut kelapangan, tiada jadual sbb kalau saya buat jadual pastinya tidak akan diikut.

Sehingga ke tulisan yang akan datang, jom kurangkan berat badan!

Sebelum berhenti disertakan gambar MAKCIK yang terkini :)



Salam Manis, dcd79

Tuesday, May 17, 2011

Start...Restart

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ok, kenapa dengan button start? just nak bagi tau saya start dengan proses mengurangkan berat badan...
tak nak berharap banyak, tak target nak kurang banyak,
ntahla..cuma dah penat untuk berharap..tp belum penat untuk berusaha...
semoga diri sendiri berjaya kali ini...

 Salam Manis, dcd79

Thursday, March 3, 2011

MARABAHAYA yang mengakibatkan KEBANGKITAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malam ni banyak pulak benda yang berlegar2 diruangan fikiran saya yang rasa macam kekurangan ruang sekarang nih... bila fikir balik, ada ke saya ambil caffeine yang berlebihan siang tadi? rasa mcm xder....ingat2 balik, rupanya masa meeting ptg tadi ada minum secawan kopi susu cair (sbb dah dilute dgn plain water)..pun berkesan jugak ke? apa punya coffee la.. tak pun soalan yang sepatutnya, apa dah jadi dengan badan saya ni. kadang2 elok je..minumla kopi pekat pun, mudah je nak lelap...entah le... sudahnya, di blog ni la saya singgah...

herm..kenapa tajuk macam dahsyat sangat? memang dahsyat, mulai isnin lepas, kelab kat office saya telah menganjurkan pertandingan the biggest loser peringkat office. Jadinya, sesi menimbang berat badan pun bermula. dan.... scale menunjukkan angka yang agak tidak munasabah, 90.1kg..apa? 90.1kg? ye.... sbbnya, scale itu adalah bengong. saya timbang kat rumah elok je, tak sampai pun 90 lagi.. xper..sebab scale tersebut merupakan official scale untuk pertandingan, maka semua orang akan ditimbang menggunakan scale itu dan saya pun pasrah....

ukur lilit pinggang pun di ambil dan ukur lilit pinggang saya ada 40 inci. tinggi saya pulak ada naik sket menjadi 144.5cm. hahaha... bmi semestinya morbid obese..

pertandingan ni akan berlangsung selama 3 bulan dan timbangan akan dilakukan setiap hari isnin jam 4.30pm. ok...

jadi, apakah plan saya? sepatutnya saya plan before pertandingan bermula lagi..tp mcm biasa, alasan selamat, tak sempat digunakan..tapi saya rasa saya belum terlambat lagi.. saya kena mula sekarang...

apa saya nak buat?
hari tu saya dah resume balik herbalife, tp tak jalan gak sebab parents saya duduk sekali ngan saya sekarang ni...jadi selalulah melanggar jadual shakebumbum...jadi, pendekatan tidak berjaya. kalau dulu senang je.. bila duduk sorang2...

jadi nak buat macam mana ni?
ok, saya memutuskan untuk memulakan semula diet Oxidizer dan JM 30 days shred...

Macam mana nak mula?
ok, before this saya pernah try diet oxidizer ni..tp kecundang di tengah jalan...tak salah mula balikkan?
basic guide tentang oxidizer (tips untuk balanced oxidizer sahaja k) mengikut fahaman saya adalah seperti berikut; (tq to sis rahimah sebab turunkan ilmu ni)
1. sarapan - 1 cup oats & 2 whole scramble eggs | 1 cup cereal(yang ada wholegrain or fitness) + susu & 4 biji putih telur | 1/2 can tuna + 1 slice cheese + 1 wholegrain(roti) | 1 wholegrain (wholemeal pun boleh) + 1 sudu peanut butter - variasikan menu ni dengan cara mix and match
2. snek (kena ambil snek) - 20 biji kekacang (almond/gajus/etc mentah) + 1 biji epal/oren/etc | 1 slice cheese + 1 biji epal/pear/kiwi/etc (no mango, durian..)
3. lunch -  1/2 cup nasi + 5 oz (2 deck) ayam/daging/ikan/udang (10-12 ekor) apa2 jenis masakan kecuali deep fry + sayur (kena lebihkan)
4. snek lagi...
5. dinner - sama macam lunch, cuma no nasi/any carbo
6. kalau lapar, ambil snek lagi
perhatian
a. guna canola oil sahaja - 1 teaspoon setiap kali menumis, jika perlu
b. kurangkan garam dan perasa
c. jangan minum minuman bergula kecuali 100+
d. minum green tea to replace minuman panas yang lain
e. no fast food
f. limitkan pengambilan soy product

jadi, macam mana ni? stock makanan sihat x top up lagi..kena g shopping makanan sihatla nampaknya ni...

untuk itu, bagi membunuh angka yang tidak kewl itu, marilah kita memulakan semula perjalanan kita yang pernah memasuki laluan yang salah suatu ketika dahulu.

Ish...menyesal sungguh x maintainkan berat..tak pasal2 naik mcm apa dah nih...

jadi, cik dewicintadunia..kamu sila jangan berundur...tahun ni saya nak kamu berjaya..jangan jadi tahi ayam lagi..saya kecewa dengan performance kamu yang lepas....

ok..berusahalah...
tq to google yang menjumpai gamba ini, kepada tuan punya gambar, kredit untuk anda juga, saya pinjam gambar ni ye..

Salam Manis, dcd79

Friday, January 21, 2011

Update for 21st January 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Wahahahahahahaha.......
Alhamdulillah...seperti yang dijanjikan, hari ni adalah hari timbang.
87.8kg menjadikan pengurangan sebanyak beberapa gram.
89.3-87.8=1500gram..

Salam Manis, dcd79