Friday, September 14, 2012

si gagal tegar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ada masanya saya merasa sangat gagal.
Mencuba berkali-kali tanpa kejayaan besar menyebabkan perasaan gagal itu muncul dalam fikiran.
Serius, memang saya kecewa di atas kegagalan.

Dan, usaha saya kali ini juga belum membuahkan hasil.
Mana nak berbuahnya, pokok tidak dibaja dan dijaga, kalau nak keluarkan hasilpun akan mengambil masa.

Umur pun dah 33 tahun.
Jadi kena buat resolusi untuk mencapai satu-satunya impian yang paling sukar nak dicapai iaitu mendapat berat badan yang ideal.
Tak payahlah nak cakap tentang ideal, kurangkan 10 peratus pun belum berjaya sehingga entry ini ditulis.

Kononnya saya nak mengurangkan berat badan, tapi bila stress, semua makanan pun nak dimasukkan ke dalam mulut. jadi apa usaha yang perlu dilakukan wahai cik adik?
1. Buat simple excercise sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Ingat, setiap hari without fail. -susah semestinya, tapi kena usaha juga.
2. Pastikan pedometer memaparkan jumlah pembakaran kalori sekurang-kurangnya 150 kalori sehari
3. Pastikan pedometer memaparkan jumlah lemak yang dibakar tidak kurang dari 5g sehari
4. Berusaha untuk tidak makan nasi pada waktu malam. Pelepasan hanya diberi 2 kali seminggu. Ingat betul-betul
5. Kurangkan pengambilan gula, garam, makanan bergoreng dan process food.

So, kita akan cuba selama sebulan dulu dan tengok macam mana kesan ke atas diri sendiri.

Sebentar tadi, scale menunjukkan berat saya adalah 85.2kg.
10%=8.5kg perlu dikurangkan pada fasa pertama diusia 33 tahun ini.

Jadi dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya mencabar diri sendiri untuk patuh pada peraturan yang saya sendiri dah tetapkan ni.

Doakan kejayaan saya yea kawan-kawan.

Terima kasih.

Salam Manis, dcd79

Tuesday, September 4, 2012

Apa raya buat pada kita?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Credit to: http://sehatnews.files.wordpress.com/2011/03/timbangan-oxygen-distro.jpg

Dah puas beraya, maka sepatutnya berat badan bertambah,

and yes, berat badan saya bertambah (maybe sbb guna scale baru or mmg bertambah)

tapi saya masih mampu senyum, sebab baju yang tak muat dah boleh masuk dengan elok.

serius, saya pun rasa mcm tak percaya.

jadi, biarlah berat itu naek, asalkan ada perubahan pada ukurlitit  badan saya yang comel ini.

Salam Manis, dcd79

Friday, August 3, 2012

Selepas 14 hari berpuasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, mungkin berat berpuasa, berat badan dah turun kepada 83.6kg.

Nak tau berapa banyak dah kurang, kena tengok ticker sebelah tu. Malas nak buat kira2. xder tenaga...hihihi.....

Tapi bulan puasa ni langsung x buat workout..hancuss...

rasanya mcm jauh je lagi nak reach 79.* nyer point..... takper..ada lagi 10 hari sebelum balik kampung.

berusaha bersungguh-sungguh.

Salam Manis, dcd79

Thursday, June 21, 2012

Main futsal untuk kali pertama di dalam hidup :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Betul, sebelum ni saya mmg tak pernah terniat malahan terfikir pun nak main futsal.
Dan petang tadi saya telah berjaya memecahkan rekod tidak pernah bermain futsal dengan kumpulan kami memenangi kedua-dua perlawanan pada hari pertama. Esok ada satu perlawanan lagi.

Dan juga, saya telah menjaringkan gol tunggal untuk perlawanan kedua menyebabkan kumpulan kami menang 1-0 ke atas kumpulan lawan. Psst, sebenarnya jaringan tersebut bukanlah hebat sangat, accidentally masuk je.. haha

Okeyh, saya sajikan dengan beberapa gamba agar mood tu ada.




Ayohh.. main futsal :)

Salam Manis, dcd79

Friday, June 15, 2012

Jom berTABATA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Serius, semalam adalah hari pertama dalam hidup saya dengar perkataan TABATA.

menurut en gugel, tabata adalah;
"“Tabata” is the name of a particular type of workout program that provides similar health benefits to that of cardio workouts, but Tabata has a bit more spice. Instead of hours upon hours or exercise, Tabata can be completed in 4 minutes. Tabata falls under the category of high intensity training or high intensity interval training. "

Kalau nak baca lebih lanjut, sila melawat ke sini : http://tabatatraining.org/?p=18

Ok, dalam bahasa melayunya, TABATA ini adalah sejenis senaman yang cuma mengambil masa 4 minit dengan 20 saat membuat gerakkan, 10 saat rehat dan diulang sebanyak 8 kali. Untuk melakukan senaman ini, memerlukan tabata timer, boleh tanya en gugel jugak dan ni antara tabata timer yang available di internet : http://www.tabatatimer.com/

Gambar timer tu macam ni;
Jadi, apakah gerakkan yang ada dalam tabata ni?
Boleh cari dekat youtube, sangat banyak dan yang saya ikut adalah yang ni --> http://www.youtube.com/watch?v=_DfuU3TSsFM&feature=list_related&playnext=1&list=SPA2E34CD9004F5FD9

Saya nak embed kat sini, tak sempat.

So, tengok video tu and boleh ikut..kalau dah biasa nanti pasang timer jer dah boleh buat sendiri.

Selamat berTABATA!

Salam Manis, dcd79

Thursday, June 14, 2012

Sebenarnya bukan starving, tetapi craving

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bila kita bosan mesti cari food, bila kita x tau nak buat apa, mesti cari food, kalau lapar, cari food, kalau diet, lagilah semua jenis makanan terbayang difikiran. So, apa sebenarnya? adakah sebenarnya kita betul2 lapar semasa diet tersebut?

Guess what, tadi ada jamuan semasa bengkel, n saya cuma ambil 1 sudu nasi tomato, sayur banyak n 1 ketul ayam masak merah. Dan dah cukup untuk memuaskan nafsu makan saya. jadi sebenarnya bukan perut yang perlu diisi, tp nafsu dan kehendak. oleh yang demikian, kalau nak makan sangat, bolehlah berbuat demikian, tp dengan hadnya.

Satu lagi masalah saya sendiri adalah sayangkan makanan. jadi bila tengok makanan tak habis, kita akan jadi tong sampah. Makan semua makanan yang tertinggal sebab tak nak membazir. Bagaimana mengatasinya. Senang je, masak sekadar cukup2 sahaja. jadi, tak perlulah jadi tong sampah lagi.

Jom, kita berusaha.

*Sekarang tengah kaji tentang tabata yang telah di introduce oleh kawan. klik link tu untuk details ye. kalau ada masa lain kali saya share.

Daaaa

Salam Manis, dcd79

Berjaya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Haha...besar betul gambar tu kan? btw, terima kasih en gugel.

Hurm..kenapa besar sangat? mestilah kena letak besar2..to remind myself that saya dah berjaya mengharungi detox selama 3 hari. and InsyaAllah akan diteruskan sehinnga friday ni. Bukan apa, banyak sangat berat yang kena buang. tak mungkin detox selama 3 hari mampu mengecilkan saluran perut dan sel sel lemak yang sudah begitu tepu dan jitu nih.

Okeyh, bila detox, semua orang tahulahkan, berat akan turun dengan jayanya.. jadi kena control juga untuk hari2 seterusnya untuk memastikan berat tidak naik balik. jadi ada baiknya diteruskan lagi walaupun mencabar.

Bila ekot program diet nih, siapa cakap tak mencabar? gila mencabar ok! bukan sebab lapar, tapi diakibatkan oleh nafsu makan yang membuak2 dan godaan serta keinginan yang begitu kuat terhadap makanan. Sangat susah. Jadi semangat dan keimanan perlu dipakukan dengan paku yang paling besar. nak2 lagi kalau dah balik ke rumah, mak masak, snack banyak kat rumah.. rasa ingin meneteskan air mata jer.. haha.. tp Alhamdulillah.. i get over it. and saya berjaya menurunkan berat badan kepada 84.2kg.

Jom kita buat simple matematik kat sini;
Berat Mula: 86.2 kg
Berat Sekarang: 84.2 kg
Turun Sebanyak: 2 kg / 2.3%

2kg tu, jadi kita tunggu friday..adakah saya dapat kekalkan berat tersebut ataupun tidak... yeah...

daaaaaa

Salam Manis, dcd79