Sunday, September 19, 2010

Sila Bangkit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kebas ditangan semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang sampai ke kaki. masa tengah jalan pun kaki boleh kebas. Tangan tak payah cakap lagi. Dua-dua belah kebas. Pegang pisau kebas, pegang sudu kebas, pegang stereng pun kebas.

Tadi g jumpa doc and dia cakap due to nerve compression. betullah kot, bila berat naik, lemak pun bertambah, so saluran darah pun mengecil. Dia just bagi ubat untuk hilangkan kebas and pain killer sbb nya kalau kebas tu dtg, sendi2 jari pun sakit semua. dalam 24 jam, rasanya x sampai sejam yang x kebas. tdo pun kebas, apatag lagi waktu jaga.

Balik dari kampung, naik atas scale, berat badan telah bertambah dengan jayanya dan sehingga entry ni ditulis, kebas masih tak hilang dan berat badan pun blm menunjukkan penurunan lagi. masih pada angka ong, 88.*kg.

herm...nak kata bimbang sangat, takla juga..cuma sedang sibuk memikirkan langkah seterusnya yg dapat di ambil untuk menurunkan sedikit berat badan sehingga dapat mengurangkan kekebasan yang di alami.

Bukan program diet saya x berjaya, tapi disiplin yang x ada. saya x ikut pun program diet RxLite or Oxidizer sis rahimah wpun pada asalnya nak gabungkan kedua-dua method.. inilah susahnya bila tak tahan godaan. kadang2 mmg dah plan nak jaga makan, tp tiba2 jer..sedar2 dah makan makanan yang tak sepatutnya.. alahai...masalah betul. saya berharap semoga selepas ini diri sendiri dapat bangkit dan mengambil pemakanan sihat....

esok timbang berapa berat terkini.

Till then, daaaa....



Salam Manis, dcd79

2 comments:

Unknown said...

xpe kak..jgn pts asa ya..teruskan usahamu selalu....disiplin mmg ptg..ni pun mia tgh jaga slps raya..takut mkn byk

Cik Hani yang Baik said...

tq mia