Wednesday, April 16, 2008

Ulang Bulan ke 8

Sedar tak sedar...dah 8 bulan saya on HL....
Saya rasa kena raikan jugak determination saya sbb sebelum ini, tak pernah ada mana2 produk yang saya mampu amalkan selama lebih dari 2-3 bulan...

Tepukan yang paling gemuruh untuk diri sendiri!

Mungkin sempena Ulang Bulan yang ke 8 ni, saya senaraikan sedikit perubahan yang ada pada diri saya yang telah saya rasai sendiri..mungkin orang lain tak nampak...

Antaranya;
1. Berat badan berkurangan
2. Kulit muka lebih cerah dan liang roma pada muka telah mengecil
3. Perut sedikit kecil
4. Sesetengah baju yang ketat 8 bulan lalu telah boleh dipakai dengan selesa. Ada 2-3 baju yang memang dah ketat 2-3 tahun lepas je yang tak muat lagi. Berusaha....
5. Saya ada masalah kebas pada tapak tangan kiri dan kanan dan kadang2 sampai ke pangkal lengan. Saya jumpa Doktor dan dimaklumkan untuk certain case kena buat operation. Paling teruk selepas bangun pagi. Kalau driving (pegang steering) pun kebas yang tersangat. Sekarang saya langsung tidak menghadapi masalah tersebut lagi dan saya tidak sedar bila semuanya telah kembali normal. Syukur.
6. Allergic atau alahan pada makanan laut juga telah berjaya diatasi. Kalau dulu, makan belacan ke, udang ke, sotong ke...pasti selepas tu kena telan pil. Kalau pil tak ada, mulalah jari jemari menjalankan tugas garu menggaru sehingga menghasilkan luka dan parut (tambahan lagi saya suka kicap). Seperti masalah kebas juga, saya tidak sedar bila ianya kembali normal. Masalah alahan ni saya hadapi semenjak sekolah lagi.
7. Keyakinan diri, saya memang seorang yang sangat yakin diri. Tetapi sesekali bila pakaian yang dikenakan nampak tidak cantik ditubuh, mulalah rasa geram. Tapi dengan keadaan perut yang semakin kecil, saya rasa keyakinan saya bertambah tinggi ditambah dengan pujian dari rakan-rakan. Seharian boleh tersenyum lebar.
8. Selain daripada itu, saya merasakan lebih bermaya dan ceria (ada juga masa marah - selalunya masa tengah driving :)) )
9. Badan rasa lebih ringan.
10. Lebih mudah bangun pagi.

Cukuplah...nanti tak larat nak baca....tunggu ulang bulan yang seterusnya, mudah-mudahan ada perkembangan positif lagi.

* sebenarnya nak senaraikan 8 jer sempena ulang bulan yang ke 8 tapi tak sangka..banyak juga perubahan pada diri saya yang saya baru sedari.

2 comments:

applepie said...

congrats dcd..me pun on HL jugaks..but then, i tak cukup determination arr..asik on n off jer..bg motivation sket.. :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.