Saturday, June 9, 2012

Tak Mau Jadi Makcik Lagi!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama betul dah tak menulis di sini. Menjengah selalu, tetapi membuat entry langsung tiada.
Hari ni terpanggil pula nak menulis setelah sekian lama menyepikan diri.
Errkkk, apasal puitis sangat ayat2 cinta saya neh?

Ok, kalau baca title tu mesti banyak soalan kan? eh, bajet ada pembaca setia laks..hikhik...
Mengapa title nya ditulis sebegitu rupa? (oh tengok, puitis lagi, grr... knp tiba2 menjadi puitis begini?)
Sebenarnya kejadian seperti ini bukan sekali dua berlaku, memang dah beberapa kali jugaklah..setiap kali kejadian seperti itu berlaku hati saya rasa hancur seperti daging cincang yang digunakan untuk buat kuah spaghetti bolognese.

Kejadian apa? Kejadian ketika saya dipanggil Makcik oleh akak2 yang mungkin sebaya atau lebih tua atau sedikit muda sahaja dari saya. grrr... mereka tidaklah nampak muda mana pun, tapi mengapa saya dipanggil MAKCIK. kalaupun hati saya merasakan mereka mungkin lebih berusia, saya lebih senang menggelarkan mereka kakak. sebab perkataan makcik tu sensitif. Unless kanak2 sekolah rendah nak panggil saya makcik, saya terima.

Jadi saya perkara tersebut telah membantu saya membulatkan tekad untuk mengurangkan berat badan saya sedikit demi sedikit. Saya mencabar diri saya untuk berusaha mengurangkan berat badan, terutamanya lemak disekitar organ yang menyumbang kepada kenaikan umur badan saya kepada 62 tahun. aih.. betul ni, saya kena usaha. sebab tiada orang lain yang boleh kurangkan berat badan saya kecuali saya sendiri. Kawan2 mungkin bagi sokongan dan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Target pertama saya adalah 80kg. kenapa? sebab bukan mudah nak mengurangkan berat badan yang dah bersarang dan bermastautin begitu lama di dalam badan saya ini. jadi, target perlu realistik.

Tahun 2010 dimana berat puncak saya 89.*kg telah menyebabkan saya sukar bergerak dan selalu keletihan termasuk sering mengalami kebas. Usaha telah diteruskan tetapi ekoran daripada konflik hidup yang membawa kepada gejala stress telah menyebabkan berat itu kekal disitu bertahun lamanya. wpun tidak putus asa, tetapi usaha kerap kali terhenti ditengah jalan. semuanya hangat2 tahi ayam saja..

Saya berharap, insiden makcik ini akan mampu menguatkan diri saya ke arah menjadi seorang kakak atau adik instead of makcik.

Jadi, sekian dulu. Ticker kat sebelah tu saya akan update mengikut kelapangan, tiada jadual sbb kalau saya buat jadual pastinya tidak akan diikut.

Sehingga ke tulisan yang akan datang, jom kurangkan berat badan!

Sebelum berhenti disertakan gambar MAKCIK yang terkini :)



Salam Manis, dcd79

2 comments:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

* saja nk bakar semangat kitak

kenek tok org selalu panggil kamek , Kakak :)

Cik Hani yang Baik said...

hasma, yalah..ktk dah slim.. kmk akan berusaha.. :)