Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Di dalam melaksanakan tugas dipejabat, berhadapan dengan bermacam jenis permintaan daripada pengguna untuk membangunkan sebuah sistem komputer yang memenuhi kehendak, saya jarang sekali mengatakan tidak boleh. Saya menanamkan kepada ahli pasukan saya bahawa tiada yang mustahil di dalam dunia ini. Kalau kita boleh memikirkan persoalannya, pasti kita boleh memikirkan jawapannya juga. Itu saya sangat yakin!
Tetapi kenapa baru dipagi buta ini saya sedar bahawa keinginan saya untuk menurunkan berat badan juga tidak mustahil. saya telah berusaha selama bertahun-tahun dan kerapkali saya akan gagal kerana determination saya ibarat hangat2 tahi ayam. Bila digoda sedikit maka saya cepat lupa dengan apa yang saya sedang lakukan.
Hurm, mungkin orang dah muak membaca entry saya yang konon2nya bersemangat dan selepas itu masih lagi begitu.
Alhamdulillah, saya sudah menjumpai kuncinya. Tiada yang mustahil jika kita berusaha. jadi kena berusaha. duduk sahaja tidak akan menyebabkan keajaiban menjelma.
Jadi, yakin dan pasti kejayaan itu milik kita. Jangan lupa berdoa!
Salam Manis,
dcd79
3 comments:
bukti kan my dear fren... u can do it!!
salam perkenalan....nasib dan impian kita serupa ...cuma berat kakju lagi jauh dari dewi...apapon muga apa yg kita impikan akan jadi kenyataan..berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul....
hasma, thank you. Kakju, terima kasih dan jom mencapai impian
Post a Comment