Friday, August 29, 2008

Wajah Kesayangan Hamba

hohoho..bukan gambar orang lain...gambar diri sendiri..
kita mestilah menyayangi diri sendiri kan??

Inilah dia wajah kesayangan hamba..bukan senang nak jaga muka ni dari dijangkiti Cik Jerawat.. kena banggalah..wpon kulit wajahku ini tidaklah se perfect mana...

Gambar ini diambil sewaktu sesi Bengkel Ketrampilan Diri sebentar tadi. BElajar macam mana nak make up, macam mana nak gayakan tudung...tp mcm biasalah..bengkel tersebut agar hambar...tak seronoks eperti yg saya bayangkan...tp ada jugaklah dpt idea sikit2.. kalau rajin bolehlah praktik nanti..

So, itu sajalah...hari ni saja dah ada 3 posting..ntah apa dah jadi dgn saya ni..hahaha...

Strategic Planning: 2nd Review and Modification

Yang ni plan awal yang telah ditetapkan pada tahun 2007

Start at 86.5kg (August 2007)
1st Phase (ends December 2007)
Target to reach 79kg - status: complete but manage to reach 83.4kg only due to lack of diciplines
2nd Phase (ends March 2008)
Target to reach 79kg - status: complete and 100% successfull @ 77.7kg
3rd Phase (ends May 2008)
Target to reach 75kg - status: complete without achieve the target. Back to 78.3kg
4th Phase (ends August 2008)
Target to reach 69kg - status: not started
5th Phase (ends December 2008)
Target to reach 65kg - status: not started *considering Ramadhan and Aidilfitri
6th Phase (ends March 2009)
Target to reach 59kg - status: not started * Finale
End


Untuk Tahun 2008, kerana sesetengah target tidak tercapai...kena revamp sikitlah plan ni.. Bermula dari phase 4.

Start
4th Phase (ends August 2008 : 5/9/2008)
Target to reach 79kg - status: In Progress

5th Phase (ends December 2008 : 2/1/2009)
Target to reach 75kg - status: not started *considering Ramadhan and Aidilfitri
Weekly Result Template
Week 56: 12 Sep 08 =
Week 57: 19 Sep 08 =
Week 58: 26 Sep 08 =
Week 59: 3 Oct 08 =
Week 60: 10 Oct 08 =
Week 61: 17 Oct 08 =
Week 62: 124 Oct 08 =
Week 63: 31 Oct 08 =
Week 64: 7 Nov 08 =
Week 65: 14 Nov 08 =
Week 66: 21 Nov 08 =
Week 67: 28 Nov 08 =
Week 68: 5 Dec 08 =
Week 69: 12 Dec 08 =
Week 70: 19 Dec 08 =
Week 71: 26 Dec 08 =
Week 72: 2 Jan 09 =

6th Phase (ends March 2009 : 3/4/2009)
Target to reach 70kg - status: not started


7th Phase (ends July 2009 : 31/7/2009)
Target to reach 65kg - status: not started

8th Phase (ends November 2009 : 27/11/2009)
Target to reach 60kg - status: not started

9th Phase (ends December 2009 : 31/12/2009)
Target to reach less than 59kg

Hopefully..target ini dpt dicapai..kerana Strategic Planning yang pertama agak kurang berjaya pada suku fasa ke 2. 6 Fasa yang perlu dilalui...

Wish me luck and hopefully success will follow

Week 54

Week 54, my second last week for the 4th phase...
Managed to get back to track with a very little cheating (McD tu boleh kira little ke?)
I ended my week with 79.0kg. Lost another 400 gram compared to last week.
Herm...next week kena puasa sebab Ramadhan sudah tiba dan maksudnya...tinggal 1 bulan sahaja lagi sebelum perandingan Ratu Kebaya.....
herm...ratu2 sekalian sudah sedia ke?
As for me...baju dah sedia..badan ni yg x ready lagi...
Sebagai usaha nak mengetatkan lagi badan..sbb semenjak ambil F3 ni, badan dah mula ketat, apa2 pun measurement akan dibuat pada minggu depan arr..End Of 4th Phase.
Berusaha...ke arah angsa putih yang cantik dan mampu menjadi ratu kebaya idaman di kampung halaman masing2...
hahahha..boleh pakai ke moto ni...
ok la..sempena hari merdeka..sekali lagi i wud like to wish a very happy merdeka day to all of you and untuk yang akan berpuasa, sama2lah kita jadikan ramadhan tahun ini sebagai platform untuk kita mengencangkan lagi result penurunan badan kita...
till then..chiow..
*untuk TU:LWC, result akan diambil pada hari isnin- makanya akan diposting apda hari selasa.... :))

+ minggu ni x dpt point sbb berat tak reach target <79.0kg...herm..takper bring forward to next week...kalau next week berat < 79.0kg...akan dpt satu lagi point..

Thursday, August 28, 2008

Sejarah: Mengapa saya mengambil Herbalife

Herm..rasanya saya belum lagi bercerita detik di mana saya terdetak utnuk mencuba herbalife..
Saya mengetahui tentang herbalife beberapa tahun lepas...melalui form cari. Saya selalu mengikuti perkembangan dan perbincangan di forum tetapi tidak terniat untuk mencuba kerana telah serik dengan produk-produk diet yang telah dicuba sebelum ini...

Beberapa bulan kemudian, a friend of mine datang dan bercerita bahawa dia sdang mengambil satu product menguruskan badan dengan cara replace meal. Ketika itu, dlm fikiran saya terus terlintas HERBALIFE dan bila saya meneka produk yang diambilnya adalah HERBALIFE, dia sangat terkejut...well i'm full of surprise my friend...and some of them even call me PST (Professor Serba Tahu)..ada ka....but i read a lot..dulu lah..skrg dah kureng sangat..

Herm..then saya tanya tentang price and she told me that dia dpt price member yang biasalah n i think sangat2 tidak termampukan oleh sayalah nak consume pada harga tersebut. Walaupun dia keep saying that berkesan pada dia...the price mematikan hasrat saya.

Dalam masa yang sama, saya terus follow thread HERBALIFE di forum cari and start to ask around ttg price sampailah berjumpa dgn amoi yang memberikan satu skim harga yang affordable oleh saya...ingat eh...bukan discount, tp skim harga...tq hargagiler :)...

Saya banyak berfikir jugaklah sebelum decide nak proceed dgn HERBALIFE ni sbb takut jadi mcm produk2 diet yg saya pernah cuba sebelum ni...

One day, saya bagaikan dikejutkan...mak aih...badanku ini sememangnya semakin besar dan besar...masa tu berat mencecah 89 kg kalau tak silap. Lepas tu, jeans pun kena tarik anfas dlm2 baru muat..and end up dgn membeli new jeans dgn size 38". mak aih...makin besar saya ini... dan makin menambahkan kesedihan...bra2 dah mula tak muat...even last hook pun still x boleh nak muat...apakah yang telah terjadi padaku....baju pun jgn kira la...kain baju kurung semua pakat sampai paha je..tak dpt tarik sampai pinggang dah...semua pilihan pakaian jadi limited...

Itu cerita setahun lepas...
Walaupun masih belum lagi solid seperti miss world, sekurang-kurangnya, saya telah dpt memakai bra2 saya dengan selesa dan menggunakan hook yang paling dalam, jeans saya yang sebelumnya ketat..dah boleh muat semula dan ejans 38 yang saya beli dulu tu pun dah tak boleh nak pakai sbb tersangatlah besar kalau disarung kan. Kemudian, size jeans terkini adalah 34". Baju pun dah boleh muat semula..kesemuanya...syukur dan ada baju yang tak muat 2-3 tahun lepas pun dah muat semula...

Tp..berat masih banyak yang perlu diturunkan, lemak pun masih banyak berkumpul di sana sini bahagian badan dan perlukan excercise untuk cepat2 tonekan kot...

Herm..so itulah serba sedikit sejarah pengambilan HERBALIFE saya...sbb takkan nak cerita pasal sejarah kemerdekaan negara MALAYSIA je kan..eheh...

Mungkin..ini adalah salah satu erti merdeka pada saya tahun ini...bebas menyarung semula baju2 lama...

Selain itu, dengan HERBALIFE juga saya mendapat sangat ramai kawan..geng...takyahla senaraikan nama u all kat sini kan? you know who you are....ehehe....tq for the support and friendship..kalau nak dtg swk, just let me know..i will be more than happy to be your tourist guide..hahha *iklan ni untuk kempen melawat sarawak..:)

Tuesday, August 26, 2008

Out of Topic

Mula2 kena baca benda ni...

Love and like

In front of the person you love your hearts beats faster
But in front of the person you like you get happy
In front of the person you love winter seems like spring
But in front of the person you like winter are just beautiful winter

If you look into the eyes of the one you love you blush
But if you look into the eyes of the one you like you smile
In front of the person you love you can’t say everything on your mind
But in front of the person you like you can

In front of the person you love you tend to get shy
But in front of the person you like you can show your own self
The person you love comes into your mind every two minutes
You can’t look straight into the eyes of the one you love
But you can always smile into the eyes of the one you like

When the one you love is crying you cry with them
But when the one you like is crying you end up with comforting
The feeling of love starts from the eye
And the feeling of like starts from the ear
So if you stop liking a person you used to like
All you need to do is cover your ears
But if you try to close your eyes


So..persoalannya..adakah saying di atas tu betul....
Kawan2 ku di sini kena jawab soalan yang saya sertakan seperti berikut

Apakah perasaan anda bila....(Pilihan Jawapan ada 2 sahaja A. Berdebar2 atau B.Biasa sahaja)
Jika anda telah berkahwin, jawab soalan 1 sahaja. Jika masih bujang, pergi ke soalan 2 sahaja.

1(a) Pertama kali berjumpa dengan pasangan
1(b) Masa jumpa dan kawan-kawan dgn pasangan
1(c) Bila dah kawen

2(a) Pertama kali berjumpa dengan orang yang anda suka
2(b) Masa jumpa dan kawan-kawan dgn orang kesukaan anda
2(c) Bila dah kawan lama

Contoh jawapan boleh tulis mcm ni
1(a)-A,(b)-A,(c)-B

jawapan amsuk dlm comments..bolehkan??

Logiknya soalan ini adalah kerana diriku merasa bingung...bila kuar dgn org kesukaan saya, tak ada rasa apa2...tak berdebar2 pon...normal ke ni?

Ingat nak letak dlm blog 1 lagi, tp blog tu bukan ada reader pon...

Monday, August 25, 2008

Sedikit Update dan Miscellaneous

Banyak benda saya nak list downkan hari ni..
1. Berat untuk TU:LWC. Minggu ni mencapai berat 79.5kg. maksudnya ada penurunan dari alst week sebanyak 80.2kg-79.5kg = 700g kan?

2. Membeli Frying Pan idaman. Tefal. Dah beberapa bulan eyeing Frying Pan ni dengan alasan untuk menyediakan makanan yang sihat sempena puasa nanti. eheheh...bolehlah pesta grill semua menu buka puasa nanti. Harapnya impian akan menjadi kenyataan..ehehhe
3. Minyak Zaitun dengan olive oil tu sama ke? hahah..demi keazaman yg tinggi, saya telah beralih kepada olive oil laks..semua ni untuk bulan puasa nanti... 4. Green Tea. Sekarang ni rasanya tgh gian minum green tea. Jumpa Japanese Green tea masa tgh shopping, so belilah n warna dia mmg green...sekali tu saya beli Boh Green tea, warna dia tak green langsung..sbb tu yg pegi beli green tea japanese laks..hahah....5. Elle Long Sleeve - :). Tak sangka sekarang saya dah boleh fit into Elle. Kalau dulu, saya lalu je kedai2 tu sbb malu nak masuk and yg paling utama sbb takut xder size. Nak dijadikan cerita, ptg sabtu temankanlah adik masuk butik Elle dan belek2 baju kat situ...tetiba berkenan dekat satu baju and kena try arr...bila try...fullamak..muat arr...mcm mana ni...saya sudah muat...so dgn rakusnya saya membeli 2 helai baju Elle dan wpun belum gaji, saya dgn happynya menggores dan menang kad kredit saya...hahahah...lalalalala....

6. Senaman Yourself Fitness. Setelah sekian lama bertapa, saya memulakan semula senaman Yourself Fitness saya. Alah yg PC Games tu...dan peluh mmglah memanglah mencurah2...harapnya this time dpt lebih komited...

7. Main Bowling. Sabtu dan Ahad lepas, saya telah mengikuti pertandingan bowling antara staf dan seperti biasa saya mmg akan menduduki tempat pertama dari bawah..wakakaka.....tp..apa2 pun saya merasa enjoy...eheh..berpeluh jugaklah.. 8 games ooo..

Tu ajelah kot perkembangan untuk hari sabtu dan ahad lepas..seronok ni..

Friday, August 22, 2008

Week 53

Week ke 53 dah, minggu pertama untuk tahun kedua...
berat turun kepada 79.4kg..sangat seronok dan teruja (nyanyi mcm ella)....
jadinya saya telah mengurangkan sebanyak 800g semenjak isnin lepas...hari ahad ni tgk mcm mana laks... hopefully ada kegembiraan dan sinar....
seronok ni....
jadi saya akan bagi 1 point kepada diri sendiri...sebab dapat reach <79.5kg..
kalau katalah 2 mingu lagi dpt reach <79.0kg, dpt satu lagi point...dan diisytiharkan juga...satu point mewakili RM10, bukan RM5 lagi dah...semangat untuk diri sendiri....
sebenarnya byk yg saya nak tulis..tp x sempat kot..ada keje sket..
kalau free2 nnt saya akan menulis lagi sebagai sambungan...Insya-Allah...
till then...chiow..

Thursday, August 21, 2008

Gambar untuk yang rindukan saya!! :))


Jangan tanya kenapa saya upload gambar ni...saya pun tak tahu kenapa.
Mungkin saya nak cari perbezaan antara kedua-dua gambar...
herm..pada ogos ni berat naik sikit...tp nak gak cari perbezaan..

Betul tak kalau saya rasa perut saya macam makin kecik?
nakkan pengesahan dari sumer...eheheh..
tq in advance ya...

Wednesday, August 20, 2008

New Assignment

Hi...
Cuma nak update sikit...saya telah tercalon untuk menjadi emcee bagi Sukan Antara Universiti Asia pada Disember nanti....
knplah org suka betul mempercayai sigemuk yang cantik ni :))...aku bukannya pandai berbahasa inggeris dgn fasih..buat malu je nanti...eheh..tp selepas diyakinkan oleh pemilih, saya menjadi sedikit yakin wpun lutut masih terketar2..ada hikmahnya....
Sebagai menyahut seruan tersebut, saya bertekad untuk terus maju di dalam bidang menguruskan badan saya ini...takkanlah emcee untuk sukan gemuk...very not presentable..dan very not nice to see...
marilah..marilah terus berusaha...
start bersenam...dgn sungguh2....kalaulah penyakit mls tak ada dlm dunia..alangkah indahnya.......
sehingga friday ni...saya stop dulu...bye..

Tuesday, August 19, 2008

Happy Anniversary : 15 August 2008 : Week 52

dah 1 tahun consume herbalife....
Dari segi inches dan berat memang tak banyak yang berbeza.
First day ambil herbalife, berat pada masa tersebut adalah 86.5 kg dan pada hari yang sama setahun kemudian, berat tiada perbahan yang ketara, manage to reach 80.2 kg ...tetapi dalam tempoh setahun ini, berat paling ringan adalah 77.3kg dan kemudian naik balik dgn keadaan diet yang tidak menentu...jadi, mengambil kira berat terakhir, saya cuma mengurangkan sebanyak 6.3kg dalam tempoh setahun. teruk kan?
selain daripada berat badan, apa yang saya sangat pasti, saya berjaya mengurangkan ukuran saiz jeans sebanyak 4 inci iaitu dari 38" kepada 34".

Dalam 2 minggu kebelakangan ini, saya menghadapi keadaan lapar yang amat sangat dan sedang cuba mengatasi masalah tersebut. Sokongan daripada kawan2 semua saya dahului dgn ucapan terima kasih.

berkaitan shoutbox saya, maaflah kerana tidak reply..ini kerana saya menyambung cuti untuk entertain family yg dtg dari kampung....

perkembangan sepanjang setahun ini, saya akan cuba ringkaskan dalam bentuk table buat tatapan kawan2 semua...

dipersembahkan....

Week

Date

Weight

Jeans size

Remarks

Start

15-Aug-07

86.5 kg

38"


1

21-Aug-07

85.0kg

38"

kurang 1.5kg

2

29-Aug-07

85.0kg

38"


3

5-Sep-07

84.0kg

38"


4

12-Sep-07

84.0kg

38"


5

19-Sep-07

83.0kg

36"


6

25-Sep-07

83.0kg

36"


7

3-Oct-07

83.0kg

36"


10

24-Oct-07

84.0kg

36"


11

31-Oct-07

83.0kg

36"

After 1 week taking Milelia

12

7-Nov-07

82.5kg

36"


13

16-Nov-07

83.0kg

36"


14

21-Nov-07

83.0kg

36"

Sometimes naik balik kepada 83.5kg. Cannot stop Snacking

15

29-Nov-07

83.0kg

36"


16

5-Dec-07

83.0kg

36"

Lack of dicipline

17

13-Dec-07

83.0kg

36"


18

19-Dec-07

83.0kg

36"

Kehabisan Stock

20

2-Jan-08

83.4kg

36"

Baru beli digital scale

21

8-Jan-08

83.0kg

36"


22

18-Jan-08

82.1kg

36"


24

3-Feb-08

82.2kg

36"


26

15-Feb-08

81.7kg

36"


27

22-Feb-08

80.6kg

36"


29

7-Mar-07

80.2kg

36"


30

14-Mar-07

79.3kg

36"


33

4-Apr-07

77.7kg

36"


34

11-Apr-07

77.6kg

36"


36

25-Apr-08

77.*kg

36"


38

12-May-08

<80.0kg

36"


39

16-May-08

78.5kg

36"


40

23-May-08

77.3kg

36"


41


77.5kg

36"


42



34"

Berat naik. Manage to slip into 34" jeans..

43

13-Jun-08

79.0kg

34"

Resume F3 intake

45

27-Jun-08

79.3kg

34"


46

8-Jul-08

79.9kg

34"


47

11-Jul-08

79.4kg

34"


48

17-Jul-08

80.0kg

34"


49

24-Jul-08

79.6kg

34"


50

1-Aug-08

79.9kg

34"


51

8-Aug-08

79.1kg

34"


52

15-Aug-08

80.2kg

34"



sehingga itu, jumpa lagi..

Thursday, August 14, 2008

Konvokesyen

Kalau hari2 saya citer pasal shakes, berat badan yg statik..mesti kengkawan semua bosan kan..
so, hari ni citer pasal konvokesyen la pulak...
Pertama sekali saya nak minta maaf banyak2 pada semua yg shout di shoutbox saya sbb tak reply.. mmg saya tak masuk office pun...sorry ek...
Herm..konvo kali ni saya diarahkan bertugas semula sebagai AJK Perarakan Utama. Tugas kitorang adalah untuk line up kan Pegawai Utama Universiti seperti TNC, Dekan2 dan wakil NC dari univ lain supaya bila diorang berarak naik ke pentas tu nampak kemas dan teratur.
Selain dari line upkan diorang, kena gantung jubah sementara diorang minum2, pakaikan jubah, susunkan diorang ikut seniority dan pangkat, bila sidang selesai, gantung semula jubah, suruh diorang minum2...bila balik, bagi balik jubah dan begitulah seterusnya selama 5 sidang..hahah..berdiri je..... tp yang seronoknya bila kita pakaikan jubah untuk vip nih..diorang ni very baik hati...
HErm..mestila citer pasal shakes kan...untuk 3 hari bertugas, mmg langsung x ambil shakes sbb tak sempat. Bangun pagi, solat, mandi, terus g bertugas...petang nya laks...lewat..baru sampai rumah ....
tp hari ni dah ambil semula shakes...hopefully dpt kurangkan berat sedikit lagi before raya ni...

till then..chiow..kalau dah ada gambar baru, i will update later..tp tak ada perbezaan la..sbb berat mcm tu gak..

Sunday, August 10, 2008

TULWC : 10.08.2008


Nak upload gambo je...
berat naik 100 g :))

td adiwish bagitau berat dia sama mcm last week. jadi berat kt 2 or dah sama...
alamak...

Friday, August 8, 2008

Strategic Planning Review : 1st Review

Jom kita review Strategic Planning yg saya dah buat awal2 dulu dan cari cara untuk memastikan target tercapai

Start at 86.5kg (August 2007)
1st Phase (ends December 2007)
Target to reach 79kg - status: complete but manage to reach 83.4kg only due to lack of diciplines
2nd Phase (ends March 2008)
Target to reach 79kg - status: complete and 100% successfull @ 77.7kg
3rd Phase (ends May 2008)
Target to reach 75kg - status: complete without achieve the target. Back to 78.3kg
4th Phase (ends August 2008)
Target to reach 69kg - status: not started
5th Phase (ends December 2008)
Target to reach 65kg - status: not started *considering Ramadhan and Aidilfitri
6th Phase (ends March 2009)
Target to reach 59kg - status: not started * Finale
End

Week 51

Kepada semua pembaca blog saya (terutamanya rakan-rakan2 herbalife yang tercinta)....
mula2 sari berita penting...
1. Berat turun semula kepada 79.6kg (wpun untuk tu:lwc dah reach 79.1kg..tp untuk yg ni compare dgn last week nyer result)
2. Semangat untuk kurus terus membara..tp disiplin makin sukar dikawal...geram dengan diri sendiri dan berkat usaha yg keras dan semangat yang tidak luntur...walau pun selalu terbabas, akhirnya dpt juga kembali ke pangkal jalan...harapnya teruslah kuat semangat dan disiplin untuk pertandingan ratu kebaya yang akan datang..
3. workout mmg tak buat..ish...knplah diriku ini begitu malas..come on..untuk diri sendiri..teruskan berusaha...pastikan dlm masa terdekat buat workout...
4. minggu yang amat memenatkan jiwa dan raga kerana
a. Sedang sibuk dengan persiapan Konvokesyen - kena bertugas sehingga majlis selesai (08.08.08 hingga 13.08.08) : kali ni bertugas sebagai AJK Perarakan Utama, job yg saya tinggalkan 2-3 tahun lepas..
b. Sedang sibuk dengan Majlis Reunion Alumni Universiti saya : yg ni pun jadi AJK gak, AJK Promosi + Setiausaha...kalau dah setiausaha tu faham2 je lah kan..kena setia untuk berusaha...last2 kalau org lain x sempat buat..semua kt kena cover..tp yg plg berharga adalah pengalaman...majlis ni berlangsung esok (09.08.08) dan diharap dpt berjalan dengan sangat sukses.
5. Lengan ku yang tercinta :)) dah kurang 1 inci dengan tidak disangka2...paha masih maintain sama gak ngan pinggang and perut...seronok ni.. :)). skrg dah hire seorang juruukur badan..sbb kalau diri sendiri ukuran x konsisten jer...

oklah..kena start wat keje..nnt boss marah...chiow..n will update untuk tu:lwc pada hari ahad ini. Insya-Allah.

Monday, August 4, 2008

TU:LWC Progress for 3 August 2008

Herm..ada penurunan..tp x dpt reach target...but its oklah kan...
ni laks..berat adiwish...



Friday, August 1, 2008

Week 50

aduih la....
rasa penat giler dah menunggu berat badan nak turun balik n reach 77.3kg nih.....
so untuk minggu ni nampaknya berat badan ku yang cumil ini telah naik lagi...
alahai..jadi berat terkini pada hari ini adalah 79.9kg
apa nak buat ni..shake dah stick to 2 shakes per day? knp liat sgt nak turun?
sebab menses ke?? alahai...kuatkanlah semangatku ini demi kesihatan yang lebih baik, badan yang lebih solid, dan segalanya...tidak lupa demi pertandingan ratu kebaya...
herm....apa agaknya menjadi penyebab di atas kenaikan berat badan yang susah giler nak turun ni ek???
measurement....mlm td ada gak buat aktiviti mengukur ni dan sayugia, nampaknya tiada perubahan dari segi inches wpun baju dah longgar...aih..pelik....
or saya yg x reti nak measure sbb mungkin last time measure tpt lain..skrg measure tpt lain..hahaha........ntah la....
banyak pula membebel untuk minggu ni..mungkin sbb sedikit kecewa dengan perkembangan diet 2-3 menjak ni...raya dah dekat..tak lama lagi kena pose ngan kebaya...alamak...
okla..ada keje sikit..lain kali saya membebel lagi..
huhuhuhu... wpun berat lambat nak turun..kuteruskan jua...Ke Bintang